HomeMV+BongkarMadrasah dera ala militan simpan MyKad penghuni

Madrasah dera ala militan simpan MyKad penghuni

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelajar madrasah yang dakwa didera ala ‘militan’ mendedahkan pengurusan madrasah menyimpan MyKad penghuni-penghuninya.

Berita berkaitan: Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

Madrasah di Shah Alam itu mendakwa mereka pusat pemulihan dan rawatan Islam di mana menempatkan kira-kira 150 penghuni.

Wanita yang dikenali sebagai Ina berkata, perkara itu diketahui ketika anaknya dimasukkan ke premis itu pada April lalu.

“Selepas mengisi borang, pihak pengurusan mendakwa MyKad perlu diserahkan kepada mereka untuk disimpan.

“Alasan madrasah adalah penghuni dalam rawatan tak berupaya menyimpan MyKad mereka.

Berita berkaitan: Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

“Namun pihak polis terkejut ketika misi menyelamatkan anak pada 22 Ogos lalu, MyKad pelajar disimpan madrasah.

“Pegawai polis yang jadi orang tengah di Balai Shah Alam agak terkejut ketika dimaklumkan madrasah simpan MyKad dan minta mereka memulangkannya.”

“Selepas diminta polis, madrasah itu serahkannya selepas tiga hari kemudian,”katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

Wanita itu membuat laporan polis memaklumkan jika berlaku salahguna MyKad dalam tempoh empat bulan MyKad itu disimpan madrasah.

Semalam, MEDIA VARIASI mendedahkan madrasah itu tidak berdaftar dengan mana-mana agensi, hanya mendakwa sendiri sebagai pusat pemulihan dan rawatan.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon mengesahkan premis yang mendakwa mereka madrasah terletak di Shah Alam ini bukan di bawah AADK.

Berita berkaitan: Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

Mereka dakwa mereka pusat pemulihan dadah persendirian (PPDP) tetapi tidak berdaftar dan tidak diwartakan di bawah Seksyen 16 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Dalam pada itu, Jabatan Pendaftaran Negera dalam satu kenyataan menjelaskan memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Berita berkaitan: Surat aku janji madrasah dera ala militan langgar prinsip kemanusiaan

Author

Pilihan Editor