HomeBeritaMedia bantu usaha kerajaan bangun negara

Media bantu usaha kerajaan bangun negara

KUALA LUMPUR: Media membantu dalam menyampaikan mesej kepada rakyat dan usaha kerajaan membangunkan negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengakui media di Malaysia mempunyai nilai profesionalisme kewartawanan yang tinggi.

Beliau yang bermula dari seorang majistret, peguam kemudian menjadi ADUN, Ahli Parlimen pernah menjadi pembangkang dan kini dalam kerajaan turut akui media di Malaysia beretika dan bertanggungjawab.

Katanya, media memberikan kerjasama yang baik sepanjang pengalamannya dalam bidang politik.

“Tanpa media membantu mungkin sukar untuk memberi penerangan dan maklumat kepada orang ramai apa yang kerajaan sedang buat dan juga usahakan.

“Saya dapati media sentiasa membantu bukan sahaja melibatkan media elektronik bahkan media cetak, portal dan media sosial dalam memberikan berita yang tepat dan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Media KeTSA di Bukit Kiara di sini pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Menteri KeTSA, Datuk Ali Biju dan Ketua Setiausaha KeTSA, Datuk Rosli Isa.

Katanya, sokongan media dalam melaporkan pemberitaan yang telus turut membantu menyebar luas informasi berguna demi membentuk minda rakyat.

Justeru, media perlu terus bersikap adil dan profesional kepada semua pihak dalam melaporkan berita di platform masing-masing.

Author

Pilihan Editor