HomeSukanMomentum pemain Manchester United pada tahap tertinggi

Momentum pemain Manchester United pada tahap tertinggi

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

MANCHESTER United semakin mendapatkan momentum apabila setakat ini berjaya meraih empat kemenangan berturut-turut di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Malahan, ramai percaya ini baru permulaan kepada skuad bergelar The Red Devils itu.

Manchester United memulakan musim dengan kekalahan. Mereka tewas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion sebelum dibantai Brentford 0-4.

Namun United kemudian bangkit menumpaskan Liverpool 2-1 diikuti kemenangan tipis 1-0 ke atas Southampton dan Leicester City, kemudian kemenangan meyakinkan 3-1 mengatasi Arsenal.

Bagaimanapun, momentum itu memang sedikit terencat akibat kekalahan 0-1 bertemu Real Sociedad. Namun, tahap keyakinan pemain tetap tinggi kerana keputusan penalti kontroversi yang meragukan semasa mereka tewas di Liga Europa.

Tonggak tengahnya, Donny van de Beek penuh yakin kehadiran banyak pemain bergabung di bursa perpindahan musim panas ini meningkat prestasi pasukan.

“Saya masih merasa kami boleh pergi jauh lebih baik lagi dan kami dapat meningkatkan persembahan. Kami merekrut sejumlah pemain baru, pemain-pemain utama, jadi tentu saja mereka akan membantu kelab untuk berkembang,” katanya kepada MUTV.

Menurut pemain asal Belanda itu, mereka berlatih sangat keras setiap hari dan akui semakin baik dari minggu ke minggu.

Pada musim panas tahun ini, kelab dari Old Trafford membawa masuk Tyrell Malacia, Christian Eriksen, Lisandro Martinez, Casemiro, dan Antony.

Pasukan kendalian Erik ten Hag itu kini berada di kedudukan kelima EPL dengan 12 mata dari enam perlawanan.

Pilihan Editor