HomeBeritaMyPPP intai kerusi majoriti Cina di Bukit Bendera

MyPPP intai kerusi majoriti Cina di Bukit Bendera

KUALA LUMPUR: Ketua Putra MyPPP, Datuk Razalif Zain mengintai peluang untuk bertanding di kubu kuat DAP iaitu Parlimen Bukit Bendera pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Razalif berkata, segala gerak kerja telah dijalankan sejak 2018 sehingga kini ia mendapat sambutan positif daripada masyarakat di Parlimen berkenaan khususnya walaupun ia majoriti berbangsa Cina.

“Sebenarnya saya telah buat kerja untuk bertanding di situ dan ia bukan perkara baru. Saya dah buat kerja daripada tahun 2018 lagi sebenarnya.

“Jadi tempat itu memang sesuai dengan saya dan juga saya dibesarkan di kawasan tersebut. Jadi, kawan-kawan sekolah saya, saya dan juga rakan-rakan saya, semuanya di kawasan sini.

Ditanya mengenai keyakinan untuk menang di kawasan tersebut meskipun berlaku kemungkinan berlaku pertembungan empat penjuru, Razalif berkata, beliau akan menjadi tawaran ‘muka baharu’ untuk mereka yang menolak kerajaan pimpinan DAP di negeri itu.

“Tidak semua parti akan mendapat majoriti dalam keadaan politik sekarang ini. Malah, bukan 100 peratus masyarakat Pulau Pinang menyokong DAP, ada juga yang tidak sokong DAP.

“Jadi, biar rakyat menilai siapa calon yang akan dipilih pada hari mengundi nanti,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor