HomeMV+EksklusifPengarah filem buru pelakon Melayu fasih berbahasa Inggeris

Pengarah filem buru pelakon Melayu fasih berbahasa Inggeris

AMPANG: Pengarah filem Rentap, Abd Rahman Mohd Daud sedang memburu calon pelakon lelaki Melayu yang fasih berbahasa Inggeris bagi menerajui projek baharu, Buaya The Legend Killer.

Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Armoda berkata, beliau mengutamakan kriteria berkenaan berikutan yakin dengan perancangan projek filem terbabit berupaya membawa nama ke luar negara.

Katanya, jika dilihat pada kesesuaian watak bagi projek berkenaan, pelakon pujaan ramai, Remy Ishak termasuk dalam senarai pilihan.

“Projek ini masih dalam fasa pembikinan, namun skrip dan papan cerita (storyboard) sudah siap.

“Perjalanan proses terhenti seketika pada 2012, dan untuk meneruskan semula projek ini, kami sudahpun mendapat kerjasama FINAS melalui perlesenan, pada masa yang sama mendapatkan dana daripada pihak yang berminat,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bangunan Utama FINAS, Hulu Kelang, di sini.

Pengarah Urusan Audio Masters Sdn Bhd itu hadir bersama penaungnya, Omar Mohammad Unni, atas jemputan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Senator Datuk Seri Zurainah Musa bagi membincangkan kerjasama kedua-dua pihak.

Sementara itu, Armoda menjelaskan, beliau baharu sahaja menerima lamaran daripada wakil penaja daripada syarikat luar negara yang berminat untuk terlibat dalam pembikinan projek filem dokumentari berkenaan.

“Mana yang dahulu (dana), kita dahulukan mereka,” katanya.

Armoda pernah menjayakan filem epik Pahlawan Dayak: Rentap dan KL Zombi malah meneraju watak utama dalam drama Namaku Bukan Setsuko satu ketika dahulu.

Dimaklumkan, isu toyol tanah membabitkan pewaris tanah kurniaan sultan, Omar Mohammad Unni disiarkan secara bersiri eksklusif oleh MEDIA VARIASI akan turut difilemkan menerusi projek berkenaan.

Author

Pilihan Editor