HomeMV+BongkarRemaja dimandikan ala jenazah lari dari Madrasah Darussolihin

Remaja dimandikan ala jenazah lari dari Madrasah Darussolihin

KUALA LUMPUR: Pihak Madrasah Darussolihin mendedahkan, remaja lelaki, Daniel Iskandar yang dihukum mandi jenazah sebelum ini, pernah mengikuti sesi pemulihan selama dua bulan di Madrasah Darussolihin, Shah Alam sebelum melarikan diri.

Berita berkaitan: Srikandi gesa kerajaan campur tangan isu Darussolihin

Wakil madrasah, Ridzuan berkata, pihaknya sudah melaporkan kepada keluarga Daniel Iskandar.

“Daniel lepas habis tempoh Perintah Khidmat Masyarakat, dia lari.

“JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) percaya untuk menempatkan dia (Daniel) habiskan perintah komuniti di sini,” katanya kepada MEDIA VARIASI di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia di sini pada Selasa.

Wakil Madrasah, Ridzuan

Berita berkaitan: Srikandi gesa kerajaan campur tangan isu Darussolihin

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Daniel Iskandar mengikuti pemulihan di sana walaupun premis itu tidak berdaftar.

Media sebelum ini pernah melaporkan, Daniel Iskandar diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam sepanjang tempoh enam bulan di masjid.

Kes Daniel mendapat liputan meluas apabila videonya diserkup mukanya dengan kain, dikurung dalam bilik jenazah dan dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap kerana cubaan mencuri tabung di sebuah masjid pada 10 Januari tular.

Berita berkaitan: Srikandi gesa kerajaan campur tangan isu Darussolihin

Namun menjadi persoalan bagaimana Daniel boleh dihantar ke premis yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pihak berkuasa tempatan (PBT).

Terdahulu, Ridzuan hadir bersama tiga lagi wakil madrasah dan selepas sejam perbincangan dengan pihak media, ibu kepada pelajar madrasah yang dakwa didera ala militan turut menyertai perbincangan.

Ridzuan mengesahkan madrasah berkenaan menjalankan pusat pemulihan dadah secara tidak sah sejak 2002 dan hanya sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada tahun 2018.

Berita berkaitan: Srikandi gesa kerajaan campur tangan isu Darussolihin

Bagaimanapun Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon pula menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan, pendedahan pelajar mendakwa didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.

Berita berkaitan: Srikandi gesa kerajaan campur tangan isu Darussolihin

Author

Pilihan Editor