HomeBeritaRina Harun digesa campur tangan isu pemulihan cara penderaan

Rina Harun digesa campur tangan isu pemulihan cara penderaan

PETALING JAYA: Sekretariat Gabungan NGO Selangor menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun cakna isu pendedahan bekas penghuni madrasah yang didakwa didera ala militan.

Berita berkaitan: Kenapa pertubuhan kebajikan kutip yuran bulanan? – Sekretariat Gabungan NGO Selangor

Pengerusinya, Datuk Nazilah Idris berkata, kerajaan khususnya kementerian berkenaan (KPWKM) sepatutnya mengambil perhatian tentang isu yang didedahkan kerana menyifatkan pemulihan cara penderaan perkara serius.

“Saya difahamkan, berlaku kematian. Kalau berlaku kematian, pihak madrasah tidak bertanggungjawab, dia suruh mak ayah reda.”

“Jadi, boleh ke bukan dalam jagaan kita yang kita serah pada madrasah? Kita tak boleh reda benda ini.

“Kerajaan, kementerian berkaitan bertanggungjawab, kena ambil perkara ini. Saya mohon YB Rina Harun ambil isu ini, sebagai kes serius, sebab ia boleh berlaku di tempat lain, kepada orang lain,” katanya.

Berita berkaitan: Kenapa pertubuhan kebajikan kutip yuran bulanan? – Sekretariat Gabungan NGO Selangor

Beliau berkata demikian pada sidang media pendedahan ibu dan pelajar yang didera ala ‘militan’, di sini.

Pada sidang media itu, ibu berkenaan turut menayangkan rakaman video kejadian ‘rusuhan’ di madrasah berkenaan ketika usaha beliau menyelamatkan anaknya dari premis berkenaan pada Ogos lalu.

Tambah Nazilah, kes sebegini bukan pertama malah sudah berulang kali berlaku dalam negara, sebaiknya sudah tiba masanya kerajaan mengambil serius hal itu.

Berita berkaitan: Kenapa pertubuhan kebajikan kutip yuran bulanan? – Sekretariat Gabungan NGO Selangor

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan pendedahan pelajar mendakwa didera ala militan ketika mengikuti ‘rawatan pemulihan’ di madrasah di Shah Alam.

Susulan itu, Madrasah Darussolihin, Jalan Kebun Shah Alam yang didakwa terbabit isu dera ala ‘militan’ mengesahkan merekalah yang dimaksudkan pengadu, dan mengakui tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak sejak 20 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan ia masih berjalan.

Berita berkaitan: Kenapa pertubuhan kebajikan kutip yuran bulanan? – Sekretariat Gabungan NGO Selangor

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menjalankan siasatan dakwaan isu pelanggaran hak asasi manusia di madrasah berkaitan, bagi menjalankan fungsi statutorinya di bawah Seksyen 4 dan 12 Akta SUHAKAM 1999.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumkan kes madrasah yang didakwa dera pelajar ala militan telah dibawa kepada pihak polis.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon menafikan dakwaan agensi berkenaan terlibat kerjasama dengan madrasah berkaitan.

Berita berkaitan: Kenapa pertubuhan kebajikan kutip yuran bulanan? – Sekretariat Gabungan NGO Selangor

Pilihan Editor