HomeMV+EksklusifSerangan lalat: Penduduk terpaksa makan dalam kelambu

Serangan lalat: Penduduk terpaksa makan dalam kelambu

SUNGAI BESAR: Terpaksa makan dalam kelambu bagi mengelakkan gangguan lalat yang ‘menyerang’ penempatan 2,000 penduduk di Sungai Panjang, Sungai Besar sejak 10 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bencana Lalat Sungai Panjang, Mohd Zaki Sungib berkata, ia antara cabaran dihadapi mereka bertahun-tahun dipercayai sejak ternakan ayam di daerah itu.

“Lima kampung, tujuh kilang terjejas dan paling teruk perniagaan makanan orang tak datang tengok lalat penuh atas meja.

“Sebelum hendak makan, lalat makan terlebih dahulu, tengah solat lalat masuk dalam kain.

“Ada yang sesak dada kononnya nak halau lalat bakarlah sarang telur sampai penuh asap macam-macam dilalui penduduk.

“Pengusaha ternakan ayam tu beri serai wangi kepada penduduk tetapi tidak selesai masalah lalat ini.

“Saya mohon tindakan segera pihak berkuasa,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Terdahulu, MEDIA VARIASI mendedahkan serangan lalat ke atas lima kampung di Sungai Panjang, Sungai Besar menjejaskan rutin harian, operasi perniagaan dan sektor pelancongan.

Serangan lalat ini bermula tahun 2012 dipercayai setelah 50 reban ayam beroperasi, di mana membabitkan penternakan lebih 10 juta ekor ayam.

Situasi itu menyebabkan lalat tidak putus-putus hurung mengganggu penduduk dari lima kampung berhampiran.

Penggerak Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, sudah hampir 10 tahun, isu tidak selesai lagi.

Pilihan Editor