HomePendidikan10 pasukan layak ke separuh akhir Solve for Tomorrow, cipta idea bantu...

10 pasukan layak ke separuh akhir Solve for Tomorrow, cipta idea bantu masalah komuniti

 

 

CYBERJAYA: Samsung Malaysia Electronics (Samsung) dan Universiti Malaya (UM), hari ini mengumumkan sebanyak 10 pasukan bakal berentap dalam separuh akhir pertandingan Solve for Tomorrow (SFT) 2022.

SFT merupakan platform buat para pelajar bekerjasama dengan mentor yang terdiri daripada kakitangan Samsung Malaysia Electronics dan Universiti Malaya untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang menjejaskan komuniti dengan berpandukan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pada tahun ini, sebanyak 67 penyertaan telah direkodkan daripada 36 sekolah dari pelbagai negeri dengan fokus kepada tiga tema iaitu pendidikan dan pembelajaran, kelestarian dan alam sekitar, serta kesihatan dan penjagaan diri.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung, Datuk Roh Jae Yeol berkata, pihaknya amat teruja untuk menyaksikan semangat yang ditonjolkan anak muda Malaysia dalam membuat perubahan buat negara.

“Pada tahun ini, setiap penyertaan telah berjaya membuktikan mereka mampu membawa perubahan sosial yang positif menggunakan STEM

“Kami berbesar hati untuk memperkasakan generasi akan datang untuk mencapai potensi mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat STEM UM, Ir Dr Mas Sahidayana Mokhtar yang juga juri kepada pertandingan SFT pula menyatakan penyertaan tahun ini amat memberangsangkan.

“Pelajar-pelajar Malaysia menyedari isu-isu yang memberikan kesan buruk kepada komuniti mereka dan telah mempamerkan idea-idea yang bernas untuk menanganinya.

“Banyak perkara yang boleh diambil kira sebaik sahaja mereka mula menghasilkan prototaip mereka,” ujarnya.

10 pasukan yang tersenarai ke Fasa 2 berkenaan kini perlu mengembangkan idea dan menghasilkan prototaip bagi melayakkan lima kumpulan bersaing di peringkat akhir pada Disember ini sekaligus mereka berpeluang memenangi produk Samsung bernilai RM30,000

Berikut merupakan senarai 10 pasukan separuh akhir SFT 2022:

  • Begonia Buddies dari SMK Putra Perdana, Selangor untuk Kelestarian & Alam Sekitar
  • CPRIAN dari SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur untuk Pendidikan & Pembelajaran
  • Dzalis Smart Ino dari SMK Dato’ Razali Ismail, Terengganu untuk Kesihatan & Penjagaan Diri
  • Fishballz dari SMK Taman Desa, Kuala Lumpur untuk Pendidikan & Pembelajaran
  • Little Wizards dari SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur untuk Kesihatan & Penjagaan Diri
  • NewGen Leaders dari SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur untuk Kesihatan & Penjagaan Diri
  • Ten Percent Vegan dari SMK Seri Serdang, Selangor untuk Kelestarian & Alam Sekitar
  • The Creative III dari Sri Bestari Private School, Kuala Lumpur untuk Kelestarian & Alam Sekitar
  • The Green Scientists, SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur untuk Kelestarian & Alam Sekitar
  • Tropbotz dari SMK Tropicana, Selangor untuk Kesihatan & Penjagaan Diri

Author

Pilihan Editor