HomeBerita12 menteri PN utus surat pada Agong, bantah PRU15 dilaksanakan tahun ini

12 menteri PN utus surat pada Agong, bantah PRU15 dilaksanakan tahun ini

 

KUALA LUMPUR: Anggota Jemaah Menteri dari Bersatu dan PAS dilaporkan tidak bersetuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini.

Susulan itu, seramai 12 ahli Kabinet daripada kedua-dua parti itu dari gabungan Perikatan Nasional (PN) menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah gesaan pemimpin UMNO yang mahu Parlimen dibubarkan dan PRU lebih awal tahun ini.

Lapor MalaysiaNow, surat bertarikh 3 Okotober diterima Istana pada semalam dan antara yang terkandung dalam utusan itu adalah berkaitan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai Monsun Timur Laut yang akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negeri-negeri di Malaysia terutama di Pantai Timur.

Pada masa sama, surat itu turut memaklumkan mengenai tekanan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.

Selain PN, gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) juga turut membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk mengadakan PRU15 lebih awal.

Desas-desus bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini membuat sebilangan pengamal media mula ‘berkampung’ di pekarangan Istana sejak awal pagi tadi.

Pertemuan Ismail Sabri itu bakal menjawab persoalan sama ada menyembah maklum keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet termasuk Bajet 2023, atau pun turut mempersembahkan tarikh pembubaran Parlimen kepada Baginda.

Author

Pilihan Editor