HomeBeritaViralAbang Viva perjelas isu perkahwinan, akui teruskan walau ibu bapa tak setuju

Abang Viva perjelas isu perkahwinan, akui teruskan walau ibu bapa tak setuju

PERKAHWINAN sukarelawan terkenal, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva dengan wanita pilihan hatinya, Evanoza Zakaria pada Jumaat lalu mencetuskan bualan hangat para netizen.

Untuk rekod, Azwan selamat diijabkabulkan dengan Evanoza di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat dan berita itu disampaikannya menerusi siaran lansung media sosialnya.

Sementara ramai netizen berasa gembira dengan berita itu, ada juga yang tertanya-tanya dengan status Facebook kakak Azwan, Fauziyah Omar yang mendakwa adiknya bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Mengulas dakwaan tersebut melalui siaran lansung di Facebook pada Jumaat malam, Azwan menegaskan bahawa perkahwinannya diadakan dengan pengetahuan ibu bapa dan keluarganya.

“Saya sudah beritahu ayah sebanyak tiga kali, mengatakan saya nak kahwin. Emak pula lima kali.

“Cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon dipilih tetapi mungkin silap saya kerana teruskan untuk berkahwin dengan pilihan saya, itu memang adalah kesilapan saya sendiri,” kata Azwan.

Menurutnya, dia juga ada menghantar gambar dan video bernikah kepada ibunya melalui aplikasi WhatsApp serta memaklumkan telah bernikah.

Jelasnya, dia terpaksa mempercepatkan majlis perkahwinan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Disember ini bagi mengambil kira faktor cuaca dan misi-misi bantuan yang perlu diberi kepada mangsa banjir.

Katanya, perkahwinan itu dicepatkan untuk tidak menimbulkan fitnah dan salah faham orang apabila dia bergerak ke misi membantu mangsa banjir sambil Evanoza menyertai misi itu.

“Kali terakhir saya cakap pada emak yang saya mahu bernikah ialah pada 12 Oktober. Pada 13 Oktober, saya kerja dan malam pula, saya tidak dapat bercakap sebab emak saya tiada ketika itu.

“Ada juga yang bertanya, kenapa tidak berbincang dalam WhatsApp. Sewaktu saya ke Baling untuk misi banjir iaitu antara Mei dan Jun, saya telah dikeluarkan daripada WhatsApp keluarga. Saya dikeluarkan oleh kakak saya, ditendang keluar.

“Apa yang jadi dalam WhatsApp ‘kumpulan keluarga’, saya tidak ada di dalamnya. Emak ayah saya pula tidak dapat datang majlis nikah kerana saya tahu kesihatan mereka tidak menentu,” katanya lagi.

Author

Pilihan Editor