HomeSukanBenzema terus mengganas jaring gol selepas menang Ballon d’Or

Benzema terus mengganas jaring gol selepas menang Ballon d’Or

KARIM Benzema meraikan kemenangan Ballon d’Or minggu ini dengan penuh bergaya meledak gol membantu Real Madrid menewaskan Elche 3-0.

Dua gol skuad Carlo Ancelotti turut disumbangkan oleh Fede Valverde dan Marco Ansensio untuk meletakkan Real Madrid kekal sebagai pendahulu La Liga.

Benzema hampir meraih hatrik dalam perlawanan ini namun dua jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.

Real Madrid ternyata melalui minggu yang sangat bergaya setelah layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah, menewaskan seteru mereka, Barcelona dalam aksi El-Clasico, Benzema memenangi pemain terbaik Ballon d’Or dan kemenangan semalam kekal berada di kedudukan puncak La Liga dengan kelebihan enam mata.

Pilihan Editor