HomeBeritaCikgu Fadli sanggup kerjaya terkubur asalkan KPM, kerajaan lakukan perubahan

Cikgu Fadli sanggup kerjaya terkubur asalkan KPM, kerajaan lakukan perubahan

CYERJAYA: Guru matematik sekolah rendah, Mohd Fadli Mohamed Salleh sanggup kerjayanya sebagai guru terkubur, asalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan melakukan perubahan.

Mohd Fadli yang tular baru-baru ini kerana mempersoalkan isu yang boleh menjejaskan murid-murid sekolah, berkata dalam siaran lansung Facebooknya semalam, kementerian harus terbuka kepada kritikan dan menerima perubahan.

“Biarlah terkubur kerjaya saya, asalkan KPM dan kerajaan berubah,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Beliau yang menyatakan bahawa beberapa guru dan pegawai pendidikan turut berkongsi pandangan yang sama dengannya juga berkata, peralihan dalam kepimpinan kementerian perlu diwujudkan.

“Tidak ada guna selamatkan kerjaya saya tanpa perubahan di peringkat tertinggi,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, beliau juga menafikan dakwaan mengenai beliau sedang menyasarkan jawatan sebagai penasihat kementerian dalam KPM serta berharap supaya pendidikan dan politik dipisahkan.

Untuk rekod, satu hantaran Facebook Mohd Fadli mengenai beliau mungkin dipecat atau diturunkan pangkat kerana kerana menyuarakan pandangannya mengenai beberapa permasalahan murid-murid sekolah.

Antara permasalahan yang disuarakannya ialah sukatan pelajaran yang dianggapnya terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk pelajar; bilangan pelajar yang tinggi setiap kelas; bilangan mata pelajaran dan isu beg sekolah berat yang menurutnya boleh membahayakan kesihatan pelajar.

Author

Pilihan Editor