HomeSukanEPL: Haaland jaring gol lagi, City mudah atasi Southampton 4-0

EPL: Haaland jaring gol lagi, City mudah atasi Southampton 4-0

MANCHESTER CITY merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menang besar ke atas Southampton 4-0 dalam perlawanan di Stadium Etihad, malam tadi.

Semua gol skuad The Citizens dihasilkan oleh Joao Cancelo, Phild Foden, Riyad Mahrez dan Erling Haaland sekaligus melengkapkan pesta gol skuad Pep Guordiola ke atas pasukan The Saints.

Satu gol yang dijaringkan Haaland pada malam tadi meletakkan beliau telah menggegar gawang gol sebanyak 10 perlawanan berturut-turut.

Haaland kini berada di prestasi terbaik sejak menyertai City dengan menjaringkan 20 gol daripada 12 perlawanan aksi kompetitif pada musim pertamanya.

City kini telah menjaringkan 24 gol dalam enam perlawan terakhir, menang lapan daripada sembilan perlawanan membabitkan semua kejohanan setakat ini.

Kemenangan besar itu telah membawa City merampas kedudukan carta liga dari Arsenal dua mata di depan dengan jumlah kutipan 23 mata daripada 9 perlawanan.

Arsenal akan membuat perhitungan menentang Liverpool di Stadium Emirates pada perlawanan malam ini.

Pilihan Editor