HomeSukanEPL: Jaringan Mohamed Salah membawa kekalahan pertama City musim ini

EPL: Jaringan Mohamed Salah membawa kekalahan pertama City musim ini

PEMAIN bintang, Mohamed Salah meneruskan momentum cemerlang beliau menjaringkan gol dengan menjadi wira kemenangan terhadap seteru mereka, Manchester City, dalam aksi Liga Perdana Inggeris, di Anfield, malam tadi.

Liverpool ternyata mempunyai motivasi yang tinggi menghadapi City setelah menang bergaya 7-1 ke atas pasukan Rangers pada perlawanan aksi Liga Juara-Juara Eropah, Khamis lalu.

Jaringan pemain dari Mesir itu pada minit ke-76 telah memberi kekalahan pertama buat skuad Pep Guardiola pada musim ini sekaligus menggamatkan sorokan peminat The Reds di Stadium Anfield.

Gol Salah berhasil melalui sepakan hantaran dari jauh oleh penjaga gol, Alisson Becker setelah melalui sepakan percuma City yang bijak mengawal hantaran dalam aksi 1 lawan 2 bersama Joao Cancelo.

Insiden Bernando Silva berpaut dengan menarik baju Mohamed Salah menyebabkan Jurgen Klopp hilang kawalan dan diperintahkan keluar padang di hujung minit permainanan.

Ketiadaan jaringan City pada perlawanan ini telah menamatkan rekod jaringan penyerang sensasi, Erling Haaland dalam 10 perlawanan berturut-turut.

Liverpool masih ketinggalan 14 mata kepada pendahulu liga, Arsenal dengan menduduki tangga kelapan dan 10 mata di belakang City yang berada di tangga kedua.

Author

Pilihan Editor