HomeBeritaGubal undang-undang sekat pekerja dibuang - NUFAM

Gubal undang-undang sekat pekerja dibuang – NUFAM

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) mencadangkan satu undang-undang baharu digubal bagi menyekat majikan daripada sewenang-wenang membuang pekerja.

Menerusi kenyataan kesatuan itu,
ada syarikat penerbangan hari ini masih secara terang melawan dan menakutkan ahli kesatuan jika adanya aduan dibuat atau menyertai kesatuan, mereka juga akan dipecat.

“Tidakkah ia menampakan masalah besar kepada pekerja itu sendiri kerana undang-undang yang masih lemah.

“Banyak perkara seperti isu halangan pekerja untuk membenarkan mereka menyertai mesyuarat agong kesatuan atau pun menghantar maklumat mesyuarat kepada pekerja, mereka ini telah dipecat.

“Tahukah pekerja ini semua pernah diugut dan tidak digalakan untuk menyertai kesatuan kerja mereka.

“Apabila isu ini dibentangkan ketika dulu, mengapa Menteri Sumber Manusia dulu tidak membuat apa-apa?

“Apa Menteri atau Jabatan Kesatuan buat untuk menghalang perkara penindasan terhadap pekerja berterusan dan berlaku?,” katanya di sini pada Selasa.

Tambahnya, mustahil mereka semua tidak tahu mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh kesatuan sekerja kerana banyak kenyataan media telah dikeluarkan oleh NUFAM.

“Hari ini, isu untuk memberi hak kebebasan untuk berkesatuan bukan memjadi masalah utama kami tapi undang undang yang tidak menyekat atau menghalang pembuangan ahli atau pekerja yang ingin berkesatuan.

“Isu pelbagaian kesatuan di satu syarikat juga harus diperhalusi semula kerana ia dianggap akan meretakan kerharmonian sesama ahli kesatuan sendiri dan memecah belahkan kekuatan sebuah kesatuan.

“Jadi, pihak Kementerian Sumber Manusia atau mana mana wakil rakyat di Parlimen yang sedang menyokong RUU ini di Parlimen harus mendengar masalah yang telah dibawa oleh pihak kesatuan.

“Jadi, janganlah menyokong sesuatu akta jika kami sendiri sebagai wakil badan yang sah mewakili pekerja ini membantahkan RUU tersebut,” katanya.

Sementara itu, NUFAM turut menegaskan sesetengah wakil rakyat dalam persidangan Parlimen hari ini telah memberi pandangan yang tidak munasabah mengenai RUU Kesatuan Kerja.

Ia nampak seolah-olah hendak memutar belitkan isu pekerja dan kesatuan.

“Ramai antara kesatuan kerja hari ini marah dan menganggapkan perkara ini telah dipolitikan dan dipermainkan terutama sekali oleh parti pembangkang.

“Malah ada pula menyatakan banyak kesatuan setuju dengan perubahan RUU Akta Kesatuan yang dibentangkan hari ini adalah kehendak kesatuan. Bukan semua perkara dalam RUU kami setuju.

“Kami hendak tanya siapakah yang setuju mengenai perkara pelbagaian yang disebutkan oleh sesetengah wakil rakyat.

“Dari awal lagi NUFAM bersama 200 ratus kesatuan negara menyatakan isu ini harus diperhalusi semula,” katanya.

Author

Pilihan Editor