HomeSukanHari Sukan Negara disambut 8 Oktober ini

Hari Sukan Negara disambut 8 Oktober ini

 

SAMBUTAN Hari Sukan Negara (HSN) tahun ini bakal diadakan pada 8 Oktober 2022 di seluruh negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin bahawa HSN kali ini mampu meningkatkan skor penglibatan sukan dalam kalangan ‘Keluarga Malaysia’.

Menurutnya, perkara itu dapat direalisasikan menerusi penganjuran dan penyertaan dalam program dan aktiviti sukan selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu Malaysia dikenali sebagai negara bersukan.

“Ayuh #KeluargaMalaysia! Bersama kita memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2022 pada 8 Oktober ini di seluruh negara.

“Layari www.harisukannegara.my untuk makluman lanjut dan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai,” maklum KBS menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Author

Pilihan Editor