HomeBeritaIrwan antara lima yang dicalonkan di Setiawangsa

Irwan antara lima yang dicalonkan di Setiawangsa

SETIAWANGSA : Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah antara lima yang dicalonkan Barisan Nasional (BN) bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Setiawangsa nanti.

Selain beliau, Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Datuk Sri Izudin Ishak, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Bahagian UMNO wilayah itu turut dicalonkan.

Irwan memaklumkan semua calon amat terbuka dan sudah sepakat untuk meneruskan perjuangan kepada rakyat.

Mohd Irwan menyantuni penunggang-penunggang motosikal pada program Minyak Hitam Percuma Komuniti Setiawangsa di Dataran Setiawangsa.

“Siapa pun jadi calon, atas semangat Barisan Nasional kita perlu selesaikan PRU15, dapat mandat, teruskan perjuangan kita kepada rakyat.

“Daripada BN Setiawangsa termasuk saya kami serahkan kepada pucuk kepimpinan, kewajarannya untuk merangka kemenangan bagi mencapai kestabilan yang diharapkan rakyat.

“Tahun 2018 sampai sekarang sudah bertukar tiga kerajaan dan kita sudah lihat PH, PN gagal urus tadbir ekonomi negara.

“Jika diberi mandat kepada BN kita akan pastikan kestabilan ini belaku, pelabur datang dan peniagaan boleh terus berkembang.

“Selagi kerajaan tidak stabil, bertukar-tukar, polisi pun bertukar-tukar orang luar takut nak melabur ekonomi akan teruk dan rakyat akan terjejas,” katanya ketika menghadiri servis motosikal dan menukar minyak hitam secara percuma kepada 500 rakyat anjuran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) MySetiawangsa di Dataran Setiawangsa di sini semalam.

Sebelum ini, Irwan selaku Presiden MySetiawangsa telah adakan program pemberian Petrol Percuma yang diadakan sebanyak lima siri bermula sebelum PKP lagi.

Dalam pada itu, Irwan memberitahu ada menemui Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil
memaklumkan bahawa PKR juga mungkin umumkan calon dan manifesto mereka.

“Bagaimanapun, bagi BN pula mengambil langkah bertindak secara holistik, cara perbincangan menerusi dapatan tertentu, baharu kita tawarkan yang mana calon sesuai untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kita mengambil pendekatan berikan perkhidmatan, keyakinan kepada rakyat bahawa kita BN boleh tadbir kerajaan lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.

“Difahamkan BN akan mengetengahkan 70 peratus muka baharu, ahli parti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, seperti peguam, doktor, arkitek dan lain-lain.Apa yang pasti mereka mewakili dan mengutamakan rakyat berbanding siapa diri mereka,” katanya.

Author

Pilihan Editor