PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah mengenakan notis terhadap Premis pemborong telur ayam di KlangĀ selepas tular di laman sosial kerana didakwa mengenakan caj tambahan sebanyak 60 sen sebagai caj pengendalian kepada pelanggan.
Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, pihaknya telah ke lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan dengan mengeluarkan notis bertulis sebab kepada pemborong itu.
āIsu ini telah menjadi viral di mana pemborong menjual telur dalam tray di mana telah mengenakan caj pengendalian (handling charge) sebanyak 60 sen kepada pengguna untuk setiap tray.
āKes telah dikenalpasti berlaku di Klang, di mana pengguna sendiri yang mentularkan isu berkenaan, jadi memudahkan kerja kami. Jadi apabila pihak kami sudah mengetahui dengan tular nya mengenai isu ini, kami mendapati memang berlaku caj pengendalian ini.
āWalaupun premis tersebut dilihat mematuhi peraturan meletakkan tanda harga dan mengikut harga kawalan, tetapi caj pengendalian telah melanggar undang-undang. Notis bertulis dikenakan kepada peniaga itu di bawah Akta Kawalan Harga 2011 mereka perlu memberi jawapan notis tersebut,ā katanya kepad pemberita selepas melakukan pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Pasaraya Lotus, Paradigm Mall, di sini hari ini.
Jelasnya lagi, pihak pemborong tersebut memaklumkan caj pengendalian itu telah dilaksanakan oleh pembekal telur yang bertempat di negeri Melaka. Oleh itu, pihaknya telah bekerjasama dengan KPDNHEP negeri Melaka bagi menjejaki pembekal berkenaan.
āKami juga telah berkunjung semula ke premis berkenaan dan merakam percakapan peniaga itu. Mereka memaklumkan kepada kami caj pengendalian ini telah dibuat dua hari lalu disebabkan pembekal telah mengenakan caj pengendalian ini kepada mereka. Sejak notis ini dikenakan, peniaga telah menghentikan caj pengendalian ini.
āPembekal tersebut telah dikenal pasti. Berada di Melaka dan kami bekerjasama dengan KPDNHEP Melaka bagi menjejaki pembekal tersebut,ā ujarnya.