HomeBeritaPolitikMB tak minta bubar DUN, cuma sampaikan hasrat untuk tadbir negeri -...

MB tak minta bubar DUN, cuma sampaikan hasrat untuk tadbir negeri – Istana Selangor

CYBERJAYA: Pejabat Sultan Selangor hari ini mengeluarkan satu kenyataan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor pada tahun ini.

Setiausaha Sulit Selangor Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata, pertemuan Amirudin dengan Sultan Sharafuddin pada 11 Oktober lalu adalah untuk menyatakan hasratnya bagi meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya, Baginda mengambil maklum akan kedudukan itu dan mengharapkan agenda pembangunan negeri Selangor yang telah dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat.

“Adalah dimaklumkan setelah membaca kenyataan-kenyataan di akhbar dan juga media sosial berhubung dengan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk tidak membubarkan Dewan Negeri Selangor bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini, didapati terdapat beberapa kenyataan yang kurang tepat.

“Sebenarnya pada 11 Oktober lalu, Menteri Besar tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Negeri Selangor pada tahun ini dan berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Author

Pilihan Editor