HomeBeritaPolitikPAS perkukuh kerjasama dengan PN, kekal pendirian tak bubar tiga DUN

PAS perkukuh kerjasama dengan PN, kekal pendirian tak bubar tiga DUN

CYBERJAYA: Parti PAS mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN di bawah taklukannya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan perkara itu ditetapkan menerusi keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan hari ini.

Selain itu, gerakan parti itu turut memutuskan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas prinsip penyatuan ummah.

Pada masa sama, PAS turut memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN.

“Senarai calon daripada Negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

 

Author

Pilihan Editor