HomeGlobalPeluru berpandu bedil penempatan awam di KYIV, 8 maut

Peluru berpandu bedil penempatan awam di KYIV, 8 maut

 

 

KYIV: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 24 orang cedera dalam serangan peluru berpandu di daerah Shevchenkivskyi, Kyiv pada awal Isnin, menurut Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Presiden, Volodymyr Zelenskyy menggesa rakyatnya untuk kekal berlindung, lapor Agensi Anadolu.

Beberapa letupan kedengaran di bandar Zhytomy, Khmelnytsky, Dnipro, Lviv, Ternopil dan Kyiv di Ukraine, sehari selepas Presiden Rusia Vladimir Putin menuduh Ukraine melakukan “serangan pengganas” terhadap Jambatan Kerch.

Media tempatan melaporkan perkhidmatan kereta api metro laluan merah di Kyiv telah dihenti tugas manakala semua stesen bawah tanah kini berfungsi sebagai tempat perlindungan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Ukraine memaklumkan bahawa peluru berpandu telah membedil laluan agensi keselamatan dan pejabat Presiden Volodymyr Zelenskyy. – BERNAMA

 

Authors

Pilihan Editor