HomeBeritaPRU15: Gabungan Gerakan Mahasiswa bentang 15 tuntutan manifesto kepada parti politik

PRU15: Gabungan Gerakan Mahasiswa bentang 15 tuntutan manifesto kepada parti politik

KUALA LUMPUR: Gabungan Gerakan Mahasiswa mengemukakan 15 tuntutan untuk dibawa sebagai manifesto kepada semua gabungan parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM), Aliff Naif berkata, semua tuntutan itu dibuat harus dipertimbangkan oleh bakal-bakal calon dan kerajaan yang akan terbentuk PRU15 bagi memastikan agenda mengangkat martabat generasi muda dapat dilaksanakan.

“Tuntutan kami terbahagi kepada tiga kategori. Pertama perlunya Reformasi Politik, Demokrasi dan Pilihan Raya iaitu pemilihan calon muka baru yang lebih inklusif dan bebas rasuah, menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal seumur hidup, mengetatkan kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat dengan tempoh lima penggal seumur hidup dan penurunan had umur minimum Senator Dewan Negara kepada 25 tahun.

“Bagi kategori kedua dalam sektor pendidikan iaitu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), penubuhan Kesatuan Mahasiswa Nasional dan Kesatuan Mahasiswa di Universiti Awam dan Swasta serta pendidikan percuma untuk golongn B40 dan Subsidi Pendidikan Tinggi untuk golongan M40.

“Kategori ketiga merangkumi Keselamatan Sosial dan Ekonomi perlu dibuat insentif subsidi perbelanjaan untuk mahasiswa, polisi kebolehpasaran graduan yang leboh adil dan inisiatif Rumah Sewa Siswa,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Restoran Amjal, di sini, pada Rabu.

Jelasnya lagi, gabungan itu sudah berhubung dengan semua parti politik bagi menyerahkan senarai 15 tuntutan itu bagi mendapat pertimbangan parti politik yang akan mengumumkan manifesto masing-masing pada PRU15.

“Sekiranya tuntutan kami tidak diangkat sebagai manifesto dalam mana-mana parti politik, kami tidak akan menyokong parti politik tersebut di PRU15 nanti,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor