HomeBeritaSuka lompat kerusi, itu sikap Anwar - Syed Mohd Johan

Suka lompat kerusi, itu sikap Anwar – Syed Mohd Johan

KUALA LUMPUR: Jika tidak lompat parti, lompat kerusi pun jadilah! Nampaknya itulah pe’el PKR diterajui Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, berkata, Anwar suka ‘melancong’ beberapa kerusi Parlimen.

Ibarat pepatah, bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.

Beliau berkata, Parlimen Alor Setar seringkali menjadi sasaran PKR sebagai kerusi untuk golongan nomad parti mereka, yang juga bukan calon anak jati kawasan.

Menurutnya, PKR menjadikan kerusi Parlimen Alor Setar sebagai kerusi ‘pelancongan’ ahli politik mereka dengan menghantar orang dari luar kawasan sebagai calon.

“Bekas Ahli Parlimen (MP) Alor Setar dari PKR Chan Ming Kai, yang sebelum ini umum tidak mempertahankan kerusi itu, bukan anak tempatan. Ming Kai membesar di Ipoh menjadi wakil rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai di Perak pada 2008 sebelum menjadi ADUN Indera Kayangan di Perlis pada 2013.

“Begitu juga MP PKR sebelum ini, Gooi Hsiao Leung orang Pulau Pinang yang dibawa ke Parlimen sama.

“Seolah-olah wakil PKR ini ‘pelancong’ yang sering berpindah-randah sesuatu kawasan. Ini jelas bukti bahawa PH bukan mengutamakan rakyat di mana mana kerusi yang diwakilinya,” katanya menerusi kenyataannya di sini.

Ketua Pemuda BN Alor Setar itu berkata, yang menjadi mangsa sebenar adalah pengundi kawasan itu, kerana tidak mempunyai wakil rakyat tetap selain pemimpin sukar berada di kawasan terutama ketika mereka diperlukan.

“Akhirnya, rakyat Alor Setar sendiri tidak mendapat manfaat peranan wakil rakyat yang sewajarnya dan ketinggalan.

“Kepada PH terutamanya PKR berhentilah menjadikan Parlimen Alor Setar ini tempat calon yang mahu dibuang dari kawasan lain. Parlimen Alor Setar dinilai sebagai ibarat ‘tong sampah’ pakai buang, pada mereka.

“Pengundi dan rakyat juga harus membuka mata memilih siapa yang berkhidmat dan siapa yang hanya setakat ‘tangkap muat’ memenuhi kerusi ahli Parlimen,” katanya.

Beliau turut dimaklumkan, akan ada ‘pelancong politik’ baharu akan dibuang ke Alor Setar untuk PRU15 ini.

“Kita perlukan wakil dari orang tempatan yang mengenali sepenuhnya tentang orang Alor Setar dan menyeru pengundi Alor Setar menolak mereka kali ini.

“Semasa BN menyandang Parlimen Alor Setar sehingga PRU12, ia diwakili orang tempatan, iaitu Datuk Chor Chee Heung, yang sepenuh masa menumpukan tenaga berkhidmat, dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat dan bangsa. Hanya BN yang tetap setia memperjuangkan kepentingan orang Alor Setar,” katanya.

Author

Pilihan Editor