HomeGlobalTerkenal sebagai Hagrid, Robbie Coltrane meninggal dunia pada usia 72 tahun

Terkenal sebagai Hagrid, Robbie Coltrane meninggal dunia pada usia 72 tahun

PELAKON, Robbie Coltrane yang terkenal sebagai watak Hagrid yang dimainkannya dalam filem Harry Potter, disahkan meninggal dunia hari ini pada usia 72 tahun.

Beliau juga pernah muncul dalam drama detektif ITV Cracker dan filem James Bond Goldeneye dan The World Is Not Enough.

Ejen beliau, Belinda Wright mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa pelakon itu meninggal dunia di hospital berhampiran Falkirk di Scotland.

Belinda yang menyifatkan beliau sebagai ‘bakat unik’ berkata, peranan Robbie sebagai Hagrid telah membawa kegembiraan kepada kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia.

“Secara peribadi, saya akan mengingatinya sebagai klien yang setia. Selain seorang pelakon yang hebat, beliau pintar forensik, cerdik pandai dan selepas 40 tahun berbangga dipanggil ejennya, saya pasti merinduinya.

“Dia meninggalkan kakaknya, Annie Rae; anak-anaknya, Spencer dan Alice serta ibu mereka, Rhona Gemmell. Mereka ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan di Hospital Diraja Forth Valley di Larbert atas penjagaan dan diplomasi mereka.

“Tolong hormati privasi keluarga Robbie pada masa yang menyedihkan ini,” ujar Belinda dalam kenyataannya.

Author

Pilihan Editor