HomeSukanUCL: Chelsea raih tiga mata penuh, tewaskan AC Milan 2-0

UCL: Chelsea raih tiga mata penuh, tewaskan AC Milan 2-0

CHELSEA meneruskan aksi konsisten dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022/2023 dengan menewaskan gergasi Itali, AC Milan dengan jaringan 2-0 pada perlawanan keempat di Stadium San Siro, awal pagi tadi.

Pemain pertahanan tengah AC Milan, Fikayo Tomori dilayangkan kad merah pada minit ke-18 sekaligus memberikan kelebihan beraksi seorang pemain kepada kelab lamanya.

Tomori diarahkan keluar padang oleh pengadil dari Jerman, Daniel Siebert dengan menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea selepas menarik Mason Mount ketika mahu melakukan percubaan dalam kawasan kotak penalti.

Sepakan penalti itu disudahkan oleh pemain midfield, Jorginho pada minit ke-21 mudah menewaskan penjaga gol tuan rumah, Ciprian Tatarusanu bagi meletakkan skuad kendalian Graham Potter itu dihadapan dengan 1-0.

Chelsea menggadakan kedudukan hasil jaringan penyerang mereka, Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-34 permainan.

Penyerang dari Gabon itu membuat cubaan ‘placing’ hingga menerjah jaring hasil lorongan cantik Mason Mount untuk meletakkan Chelsea kedudukan selesa di hadapan.

Jaringan gol tersebut mencatatkan tiga gol dalam tiga perlawanan buat Aubameyang.

AC Milan dilihat gagal menembusi gawang Chelsea yang dikawal oleh barisan benteng pertahanan iaitu Thiago Silva, Kalidou Koulibaly dan Trevoh Chalobah dengan pasukan tuan rumah hanya mencatatkan satu percubaan tepat ke arah pintu gol.

Kemenangan di San Siro pada awal pagi tadi meletakkan Chelsea merampas kedudukan teratas kumpulan E dengan kutipan tujuh mata, hasil dua kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan sebelum ini.

Tangga kedua kumpulan dihuni oleh RB Salzburg dengan enam mata sementara AC Milan di tempat ketiga dengan berkongsi empat mata dengan Dinamo Zagreb namun AC Milan mempunyai kelebihan defisit jaringan gol.

Dalam perlawanan lain, pasukan RB Salzburg terikat keputusan 1-1 menentang Dinamo Zagreb.

Author

Pilihan Editor