HomeNiagaUsahawan MAGGI viral gembira makanan dihargai melalui 'Kembara DuniaKu'

Usahawan MAGGI viral gembira makanan dihargai melalui ‘Kembara DuniaKu’

KUALA LUMPUR: Usahawan makanan gembira dan terharu dengan liputan MAGGI terhadap resipi MAGGI viral mereka menerusi travelog ‘Kembara DuniaKu, MAGGI Sah Malaysia!’.

‘Kembara DuniaKu, MAGGI Sah Malaysia!’ merupakan rancangan dihoskan Duta MAGGI, Sheila Rusly; Duta MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; dan Duta MAGGI Pedas Giler, MK K-Clique menjejaki 12 warung dan kedai makananan tempatan untuk resipi MAGGI viral mereka.

12 usahawan makanan tersebut menerima penghargaan berbentuk plak ‘MAGGI Sah Malaysia!’ pada hari ini sebagai pengiktirafan hidangan MAGGI air tangan mereka yang disahkan oleh rakyat Malaysia.

Antara usahawan tersebut ialah Pemilik Restoran Yunus Khan Jiao Sai di George Town, Yunus Khan Ahmad Shah, yang berkongsikan perasaannya menerima penghargaan daripada MAGGI itu.

Maggi Goreng Jiao Sai daripada restorannya merupakan hidangan MAGGI yang viral ditularkan sekali lagi menerusi ‘Kembara DuniaKu, MAGGI Sah Malaysia!’.

“Ini hari, mamu dapat plak ‘MAGGI Sah Malaysia!’, MAGGI punya acara untuk tahun ke-51, mamu pun banyak happy, banyak seronok, Allah punya rezeki sudah sampai dekat mamu.

“Mamu punya MAGGI dah viral macam ni, mamu pun hati seronoklah, mamu pun dah susah 25 tahun, punya susah, tetapi sekarang dah viral macam ni, banyak customer datang, banyak customer support sama saya,” katanya kepada MEDIA VARIASI hari ini.

Kata Yunus, hidangan tersebut menjadi viral atas usaha pelanggan-pelanggannya berkongsikan pengalaman merasanya menerusi media sosial.

Sementara itu, Pemilik Maklang’s Cafe di Kepala Batas, Zurina Mat Saad berkongsikan perasaannya yang gembira bercampur terharu menerima penghargaan MAGGI.

“Perasaan saya, gembira, sedih pun ada, sebab teringat dekat suami, suami saya sudah meninggal, kiranya saya sambung teruskan perniagaan ini.

“Bila dapat penghargaan macam ni, teringat dekat dia, sebab dah boleh sampai ke tahap ini,” kata Zurina.

Zurina juga menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada pelanggannya yang mula-mula berkongsikan hidangan terkenalnya Maggi Kuah menerusi media sosial sehingga hidangan itu menjadi viral.

Zurina Mat Saad ketika menerima plak penghargaan ‘MAGGI Sah Malaysia!’.

Pemilik Pok Li Mee Celup dan Coconut Shake di Batu Caves, Mohd Fazil Hashim sangat bersyukur dengan penghargaan tersebut kerana mengimbau semula kesusahan di awal perniagaannya.

“Saya bersyukur sangat, alhamdulillah, dapat anugerah sampai ke tahap ini, sebab saya dulu berniaga dari tepi jalan sahaja, bila dah dapat masuk sampai ke sini, alhamdulillah.

“Terima kasih kepada MAGGI kerana membantu mempromosi kedai Pok Li Mee Celup dan Coconut Shake,” kata pengusaha hidangan viral Mee Celup itu.

Mohd Fazil Hashim ketika menerima plak penghargaan ‘MAGGI Sah Malaysia!’.

Author

Pilihan Editor