PETALING JAYA: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan pihak berkuasa agama negeri perlu mengutamakan isu keselamatan penghuni di pusat tahfiz dan madrasah khususnya jika tidak berdaftar.
Berita berkaitan: Isu madrasah bukan isu agama sebaliknya isu kepentingan awam – Peguam
Beliau berkata, isu pendidikan tahfiz dan madrasah sudah berulang kali dibahaskan di Dewan Rakyat dan kerajaan sudahpun menetapkan entiti ini perlu didaftarkan menerusi akta dikhususkan bagi memastikan kemudahan yang selesa diberi kepada pelajar.
“Walaupun sudah diwajibkan untuk daftar namun masih ada pusat tahfiz dan madrasah ditubuhkan oleh individu dalam bentuk tidak berdaftar.
“Kita berharap pihak berkenaan tidak membelakangi undang-undang dengan membuat pendaftaran dan pihak berkuasa agama Islam negeri di bawah Wilayah Persekutuan menguatkuasa undang-undang kepada pihak yang degil demi keselamatan anak-anak di pusat berkenaan,” katanya pada sidang media di Auditorium Universiti Antarabangsa UNITAR, Kelana Jaya, Selangor.
Berita berkaitan: Isu madrasah bukan isu agama sebaliknya isu kepentingan awam – Peguam
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Akta Pendidikan wajar diperkasa demi menyelesaikan isu pusat-pusat tahfiz, madrasah yang tidak daftar.
Turut hadir ke majlis Naib Canselor UNITAR, Profesor Emeritus Tan Sri Dato Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar; Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasgaya Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali.
Sementara itu, graduan Sarjana Kejuruteraan dari Universiti Yasar, Turkiye Thaqib Shaker berpendapat satu akta digubal bagi menguatkuasa undang-undang untuk melindungi penghuni di pusat pendidikan atau pemulihan agar kesejahteraan awam.
Berita berkaitan: Isu madrasah bukan isu agama sebaliknya isu kepentingan awam – Peguam
Beliau yang juga pempengaruh TikTok dengan akaun @thadibshaker berpendapat ketika ini satu akta khusus untuk mewajibkan pusat-pusat berkenaan didaftarkan yang menyebabkan ratusan premis seperti ini tumbuh bak cendawan selepas hujan.
“Saya yakin sebahagian pusat yang berkonsep ‘tak daftar tetapi menjalankan macam-macam aktiviti’ ini wujud sekadar mencari dana kerana pelajar dikenakan yuran yang mahal.
“Jika ada akta khusus berkaitan pendidikan Islam agak sukar sebab ianya bidang kuasa negeri, kerajaan perlu fikir bagaimana meletakkannya di bawah Persekutuan,” katanya.