HomeHiburan13 wanita bakal 'curi' hati Zul Ariffin mulai 9 Disember ini

13 wanita bakal ‘curi’ hati Zul Ariffin mulai 9 Disember ini

CYBERJAYA: Malaysia bakal diwarnai dengan sebuah program realiti televisyen berkonsepkan misi ‘mencari jodoh’ yang dibintangi oleh pelakon, Zul Ariffin.

Program yang berjudul ‘Pencuri Hati’ itu merangkumi 10 episod mingguan dan akan ditayangkan menerusi Aplikasi penstriman terbaru, Sooka bermula 9 Disember ini.

Menurut Zul, dia tertarik untuk menyertai program Pencuri Hati kerana dilihat dapat memberi cabaran dan pengalaman baharu dalam kariernya.

“Konsepnya juga menarik kerana ia memberi ruang untuk peserta lebih mengenali saya dengan lebih mendalam sebagai diri saya sendiri dan bukannya sebagai seorang pelakon.

“Lagi pula, Pencuri Hati akan menampilkan segmen berbeza seperti sukan lasak, memasak, gaya dan hobi. Semua itu merupakan faktor-faktor yang boleh membantu mengenali personality dan intelek seseorang dengan lebih mendalam,” katanya seperti dilapor portal Remaja hari ini.

Pencuri Hati bakal menampilkan 13 gadis jelita berlainan latar belakang yang akan bersaing merebut peluang untuk mengenali Zul selama 24 jam.

Peserta yang memenangi cabaran mingguan berpeluang menerima ‘Purple Note’ dan turut diberi peluang meluangkan waktu bersama Zul manakala peserta dengan markah terendah bakal berdepan sesi penyingkiran.

Pemilihan peserta untuk minggu seterusnya akan dilakukan oleh Zul dengan bantuan daripada dua ‘resident advisors’ yang dilantik iaitu Sherry Alhadad dan Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dipanggil Dr Say Shazril.

Author

Pilihan Editor