HomeHiburanDerita skoliosis beransur pulih, Zamani kini dibenarkan keluar hospital

Derita skoliosis beransur pulih, Zamani kini dibenarkan keluar hospital

 

CYBERJAYA: Khabar gembira buat industri muzik tanah air apabila penyanyi pop rock, Zamani, 51, yang sebelum ini dilaporkan menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang badan akibat penyakit skoliosis kini dilihat semakin sembuh.

Malahan, selepas 48 jam berada di bawah pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Cheras, bekas anggota kumpulan SLAM itu juga sudah dibenarkan untuk keluar hospital petang ini.

Perkara itu dikongsi oleh isterinya, Nur Juliana Abd Rani menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

“Alhamdulillah Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ini. Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doctor, team operation dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil (Aznil Nawawil), semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani.

“Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” tulisnya.

Dalam video berkenaan turut dilihat Zamani kini mampu berjalan dengan tegak dan stabil.

Semoga Zamani dikurniakan kesembuhan dan sihat sepenuhnya.

Author

Pilihan Editor