HomeBeritaPolitikDr Noraishah tak terkesan menentang Ku Nan, Radzi Jidin di Putrajaya

Dr Noraishah tak terkesan menentang Ku Nan, Radzi Jidin di Putrajaya

CYBERJAYA: Calon PH Parlimen Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz menegaskan beliau tidak berasa terkesan menentang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Dr Radzi Jidin.

Lawannya di Putrajaya itu iaitu Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan merupakan Bendahari UMNO yang juga penyandang empat penggal Parlimen Putrajaya, manakala Radzi pula ialah Naib Presiden Bersatu.

Dr Noraishah berkata demikian di Twitternya pada Selasa demikian menjawab soalan-soalan wartawan terhadapnya mengenai persaingannya itu.

“Saya tidak faham mengapa setiap wartawan bertanya kepada saya sama ada saya berasa terkesan untuk menentang Ku Nan dan Radzi Jidin. Jawapannya ialah tidak.

“Ku Nan dan Radzi Jidin tidak boleh dan tidak menjaga rakyat Malaysia dengan cara mereka sepatutnya. Mereka tidak mempunyai keupayaan mahupun keinginan.

“Saya ada. Saya akan menjaga Putrajaya dan saya akan menjaga Malaysia. Itulah yang saya pandai. Menyelesaikan masalah dan menjaga orang. Anda boleh memetik saya tentang ini. Ianya Aishah Mydin yang asli,” tegasnya.

Author

Pilihan Editor