HomeSukanEFL: Arsenal tersingkir awal, tewas 1-3 kepada Brighton

EFL: Arsenal tersingkir awal, tewas 1-3 kepada Brighton

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Arsenal tewas 1-3 kepada Brighton dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), di Stadium Emirates, pada awal pagi tadi.

Meskipun, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta membarisi skuad kedua dengan majoriti pemain utama diletakkan ke bangku simpanan masih mendominasi perlawanan dengan beberapa serangan bahaya dilakukan oleh jentera serangan tuan rumah.

Penyerang, Eddie Nketiah meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-20 setelah menerima hantaran daripada pemain sayap Reisse Nelson yang bijak melorong bola kepada Nketiah setelah berjaya melepasi pertahanan Brighton sekaligus menewaskan penjaga gol, Jason Steel.

Kelebihan Arsenal hanya bertahan selama tujuh minit setelah Danny Welbeck menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti hasil kesilapan yang dilakukan penjaga gol muda Arsenal, Karl Hein menjatuhkan bekas penyerang Arsenal itu.

Dua gol Brighton yang dijaringkan oleh Kaoru Mitoma dan Tariq Lamptey pada separuh masa kedua memastikan Arsenal tersingkir daripada pusingan ketiga Piala EFL.

Kekalahan ini menamatkan rekod sembilan kemenangan berturut-turut skuad The Gunners di laman sendiri dalam semua kejohanan.

Author

Pilihan Editor