HomeSukanEFL: United benam Villa 4-2, mara ke pusingan keempat

EFL: United benam Villa 4-2, mara ke pusingan keempat

MANCHESTER UNITED berjaya melangsaikan misi balas dendam terhadap Aston Villa dalam aksi Piala Liga Inggeris (EFL) dengan kemenangan 4-2, di Old Trafford setelah tewas 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Ollie Watkins mengejutkan tuan rumah menerusi gol di awal separuh masa kedua dan United kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Anthony Martial.

United sekali lagi ketinggalan akibat jaringan sendiri oleh pertahanan, Diogo Dalot dan United memberi reaksi mengikat Villa dengan jaringan Marcus Rashford.

Dua gol menerusi Bruno Fernandes dan Scott McTominay melengkapkan kemenangan United sekaligus mara ke pusingan seterusnya.

United akan berkunjung je Fulham untuk perlawanan seterusnya dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Isnin depan.

Author

Pilihan Editor