HomeSukanEPL: Arsenal tumbangkan Chelsea, kembali berada di puncak liga

EPL: Arsenal tumbangkan Chelsea, kembali berada di puncak liga

ARSENAL merampas kembali taktha liga dari Manchester City setelah jaringan kemenangan Gabriel Magalheas memberikan kemenangan 1-0 ke atas Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris 2022/2023, di Stamford Bridge, pada malam tadi.

Skuad The Gunners mendahului dengan dua mata ke atas Manchester City yang berada di tempat kedua. Kedudukan teratas liga yang dihuni City hanya bertahan untuk tempoh 24 jam selepas mencatatkan kemenangan ke atas Fulham, pada Sabtu lalu.

Gol Gabriel Magalheas terhasil setelah pertahan tengah itu menyambar sepakan penjuru oleh Bukayo Saka sehingga menerjah jaring pada minit 63.

Arsenal mengambil peluang ke atas Chelsea yang banyak melalukan kesilapan hingga membuka peluang Arsenal menguasai perlawanan serta mencipta beberapa percubaan bahaya menggempur gawang pasukan tuan rumah melalui Gabriel Martinelli, Bukayo Saka dan Gabriel Jesus.

Perlawanan antara dua gergasi ini turut melalui pelbagai insiden panas bermula dengan kekasaran ke atas bekas penyerang Arsenal Pierre-Emercik Aubameyang kini menyarung jersi Chelsea oleh Saka.

Jurulatih Chelsea, Graham Potter kelihatan berang dengan menuduh Saka sengaja melakukan simulasi ketika dicabar oleh Marc Cucurella.

Insiden panas terbabit menyaksikan Arteta turut bertikam lidah dengan staf kejurulatihan Chelsea di tepi padang. Saka memberikan respons dengan membentes Cucurella beberapa saat kemudian sehingga bintang Arsenal itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Michael Oliver.

Tempo permainan semakin tegang apabila giliran Aubameyang pula melakukan kekasaran melulu terhadap Ben White yang membuatkan pengadil turut melayangkan kad kuning kepadanya.

Selain mencatatkan kemenangan penting dalam perlawanan untuk meneruskan momentum mendakap kejuaraan Liga Juara Inggeris sejak tahun 2004, penyokong Arsenal meraikan kegembiraan berganda setelah Aubameyang dikeluarkan dari permainan.

Kegagalan Aubameyang menyerlah dalam perlawanan menentang bekas kelabnya membawa misi membalas dendam tertunai setelah memberi reaksi sinis pada video promosi perlawanan  ingin membalas dendam kepada Arsenal dan menyatakan dia sudah menunggu mereka di Stamford Bridge.

Author

Pilihan Editor