PEMAIN remaja Manchester United, Alejandro Garnacho menjadi wira buat pasukannya dengan menjaringkan gol kemenangan setelah dimasukkan dari bangku simpanan untuk menewaskan Fulham, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/2023, di Craven Cottage, pada awal pagi tadi.
Gol kemenangan itu dihasilkan melalui gerakan satu dua antara pemain muda Argentina itu bersama Christian Eriksen pada minit terakhir ketika perlawanan memasuki masa tambahan untuk menewaskan penjaga gol, Bernd Leno.
Eriksen terlebih dahulu menjaringkan gol pertama buat United pada minit ke-14 melalui gerakan pantas untuk meletakkan skuad The Red Devils di hadapan.
Fulham bangkit menyamakan kedudukan menerusi Dan James pada separuh masa kedua perlawanan.
Kemenangan ini membawa United ke tangga kelima dalm Liga EPL dengan kutipan 26 mata dari 14 perlawanan hanya dipisahkan dengan jarak tiga mata di belakang Tottenham Hotspurs yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.