HomeSukanFinal Piala Malaysia: Johor umum cuti Ahad ini

Final Piala Malaysia: Johor umum cuti Ahad ini

CYBERJAYA: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Ahad  (27 November) merupakan cuti peristiwa untuk negeri itu.

Menurutnya, pengumuman itu dibuat sempena kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 yang akan berlangsung Sabtu ini.

“Kerajaan negeri Johor juga mengumumkan hari Ahad, 27 November 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor sempena perlawanan bola sepak ini.

“Ia juga bagi menghargai sokongan padu yang sentiasa diberi oleh rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Selatan atas kejayaan itu.

Onn Hafiz turut menyeru seluruh warga Johor untuk hadir memberi sokongan padu kepada JDT pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

“Luaskan Kuasamu Johor!” tulisnya.

Author

Pilihan Editor