SUBANG: Grand Final Kejohanan Futsal MOTA Dalaman (KFMD) 2022 Piala Lautan Variasi yang diadakan di Sportizza Subang pada Ahad berlangsung penuh sengit sebelum diakhiri dengan acara penyampaian pingat, plak dan piala yang penuh meriah.
Semua pemenang daripada pasukan setiap lima kategori iaitu; bawah 6 tahun, bawah 8 tahun, bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, dan bawah 16 tahun menerima hadiah kemenangan.
Acara penyampaian hadiah yang bermula sekitar jam 5 petang dengan hadiah disampaikan oleh Presiden dan Pengurus Besar MOTA Akademi, Taufik Yaiyah serta Pengarah Urusan Lautan Variasi, Datuk Syed Nasir Hussin Syed Peer kepada pemenang.
Berikut adalah keputusan akhir kejohanan tersebut;
Kategori bawah 6 tahun ‘plate’:
– Johan: MOTA Akademi Klang
– Naib Johan: MOTA Akademi Gombak Rangers


Kategori bawah 6 tahun ‘cup’:
– Johan: MOTA Akademi Gombak Warriors
– Naib Johan: MOTA Akademi Puchong
– Tempat Ketiga: MOTA Akademi Sungai Buloh



Kategori bawah 8 tahun ‘plate’:
– Johan: MOTA Akademi Klang
– Naib Johan: MOTA Akademi Cyberjaya


Kategori bawah 8 tahun ‘cup’:
– Johan: MOTA Akademi Gombak Warriors
– Naib Johan: MOTA Akademi Putrajaya
– Tempat Ketiga: MOTA Akademi Bukit Damansara



Kategori bawah 10 tahun ‘plate’:
– Johan: MOTA Akademi Putrajaya
– Naib Johan: MOTA Akademi Ampang


Kategori bawah 10 tahun ‘cup’:
– Johan: MOTA Akademi Gombak Warriors
– Naib Johan: MOTA Akademi Ampang
– Tempat Ketiga: MOTA Akademi Cheras



Kategori bawah 12 tahun ‘plate’:
– Johan: MOTA Akademi Gombak Warriors
– Naib Johan: MOTA Akademi Bangi


Kategori bawah 12 tahun ‘cup’:
– Johan: MOTA Akademi Ampang
– Naib Johan: MOTA Akademi Klang Lama
– Tempat Ketiga: MOTA Akademi Puchong Red Warriors



Kategori bawah 16 tahun ‘plate’:
– Johan: MOTA Akademi Bangsar Damansara
– Naib Johan: MOTA Akademi Klang


Kategori bawah 16 tahun ‘cup’:
– Johan: MOTA Akademi Klang Lama
– Naib Johan: MOTA Akademi Cheras
– Tempat Ketiga: MOTA Akademi Gombak Warriors


