KATA orang rambut adalah mahkota wanita, namun tidak semua wanita ada mahkota yang sempurna.
Mungkin pepatah ini perlu diganti dengan mahkota sebenar wanita adalah perjuangan yang dipandang tinggi oleh orang lain.
Penyanyi dan pelakon yang sering tampil seksi menggoda dan kontroversi Elizabeth Tan, 29, mendedahkan diri sebenarnya ada masalah botak di kulit kepala.
Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy mendedahkan perkara itu kali pertama selepas 2018 dan berhadapan masalah botak sebanyak 12 kali sepanjang tempoh itu di kulit kepalanya.
Sebagai ikhtiar untuk meredakan saiz botaknya yang sebesar lebih 50 sen itu agar tidak semakin membesar, beliau disarankan doktor mengambil krim steroid.
“Ia boleh meredakan namun tidak menjamin tumbuh semula kadang-kadang berbulan-bulan baru tumbuh.
“Doktor ada sarankan ambil suntikan steroid tetapi saya menolak kerana takut sakit lagipun satu dunia doktor tidak tahu apa punca botak seperti ini.
“Walaupun suami saya doktor, beliau sendiri memaklumkan tiada rawatan, satu dunia tiada rawatan,” katanya kepada media.
Ketika ditanya adakah dia mahu meneruskan usaha untuk hamil, jelasnya keadaan dirinya tetap tidak menghalang dirinya untuk mendapat zuriat.
Hasil pembacaannya, penghidap masalah botak sepertinya yang hamil akan gugur kening kerana hamil jadikan badan tertekan tetapi Lizzy berharap ada keajaiban berlaku.
“Nak tangguh sampai bila kena reda inilah masalah yang Lizzy hadapi sampai bila-bila, jadi usaha untuk hamil diteruskan.
Tambah Lizzy, masa kecil dia ada masalah di kulit, muka dan badan ada banyak tompokan putih.
Namun isu ini diatasi dengan ‘make up’ supaya tidak nampak.
“Jadi ia tidak jejaskan karier lakonan saya.
“Ada kemungkinan lama-lama boleh botak, hilang kening, hilang bulu mata namun saya berserah.
“Saya tidak mahu orang simpati pada saya,” katanya.