HomeBeritaViralNetizen 'meroyan' kad TnG NFC selalu habis stok! Jom cuba 4 langkah...

Netizen ‘meroyan’ kad TnG NFC selalu habis stok! Jom cuba 4 langkah mudah ini!

 

PERMINTAAN terhadap kad Enhanced Touch ‘n Go (TnG) baharu nyata mendapat sambutan menggalakan sejak diperkenalkan April lalu.

Sehingga November ini, isu kad dengan fungsi near-field communication (NFCitu boleh dikatakan ‘laku keras’ sehingga sering kali kehabisan stok.

Meskipun kad berkenaan boleh dibeli terus menerusi aplikasi e-wallet TnG namun, masih ada suara yang mengeluh tidak dapat memilikinya sehingga hari ini.

Wartawan MEDIA VARIASI juga terjebak dalam sketsa perebutan kad TnG NFC yang jelas mengambil masa hampir satu bulan demi membeli sekeping kad berkenaan.

Justeru, hasil pemerhatian MEDIA VARIASI berhubung isu kad TnG NFC ini, terdapat beberapa tips menarik yang mungkin sesuai untuk dipraktikkan bagi anda yang masih belum membelinya.

Berikut perkongsian daripada MEDIA VARIASI:

  1. Sertai group ‘TNG NFC Card Stock Update’ di Telegram

Menerusi grup ini, kebarangkalian untuk anda membeli kad itu lebih tinggi kerana anda akan menerima notifikasi yang menyatakan stok kad TnG NFC yang dijual dalam aplikasi e-dagang, Lazada sudah ada.

Namun, harus diingatkan bahawa limitasi kad yang sedia ada juga bergantung pada waktu tertentu dan mengambil masa tidak lebih satu minit untuk ‘sold out’ gara-gara lebih 70,000 orang telahpun ‘subscribe’ grup itu.

  1. Buka akaun Lazada

Bagi memudahkan urusan pembelian, pastikan anda sudah mempunyai akaun Lazada kerana setiap pembelian kad TnG NFC dijual secara terus dari akaun rasmi TnG di platform Lazada.

Pada masa sama, pastikan anda mempunyai baki yang cukup untuk membuat pembelian. Harga bagi sekeping kad adalah RM10 manakala caj penghantaran adalah RM5. Oleh itu, pastikan akaun anda mempunyai baki lebih daripada RM15.

  1. Sentiasa ‘alert’ dengan notifikasi yang masuk dalam telefon

Pastikan anda sentiasa ‘alert’ dengan notifikasi yang masuk dalam telefon kerana pada bila-bila masa sahaja informasi mengenai kad TnG NFC ‘ready stock’ akan keluar berserta pautan link untuk membeli.

Anda hanya perlu menekan pautan link yang tertera bagi membuat pembelian terus ke kedai TnG di Lazada.

klik pautan yang diberi untuk ‘direct’ masuk terus ke kedai TnG di Lazada

Pastikan anda menekan butang ‘BUY NOW’ dan bukannya ‘ADD TO CART’ ketika membuat pembelian.

Rata-rata netizen yang menekan butan ‘ADD TO CART’ gagal memperoleh kad itu kerana limitasi kad yang sedia ada.

  1. Penghantaran dalam masa 14 hari

Bagi mereka yang berjaya membuat pembelian, penghantaran kad TnG NFC akan mengambil masa dalam tempoh 14 hari. Tidak perlu khuatir selagi butiran transaksi bagi pembelian kad masih ada dalam akaun LAZADA anda.

Anda diingatkan supaya tidak membeli kad TnG NFC daripada sumber luar kerana bimbang menjadi mangsa ‘scam‘ yang bakal kerugian wang semata. Biar lambat dapat asalkan sampai!

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor