HomeBeritaPengasas ‘Mamee Monster’ meninggal dunia

Pengasas ‘Mamee Monster’ meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pengasas snek paling ikonik negara Mamee Monster, Datuk Pang Chin Hin meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Sabtu lalu.

Pengasas snek ringan itu dilaporkan menghembus nafas terakhir kira-kira jam 6.03 pagi, lapor akhbar Sin Chew Daily.

Menyingkap kisah kerjaya beliau, Chin Hin pada mulanya hanya berkerja sebagai pengedar kereta terpakai sebelum memutuskan untuk membuka kilang kecil di Melaka bagi mengeluarkan mi segera pada tahun 1971.

Setahun kemudian, syarikat itu melancarkan produk pertamanya dikenali Lucky Instant Noodle, namun gagal dikomersialkan.

Pada 1974, anak lelaki Chin Hin, Tee Chew mendapat ilham selepas melihat penoreh getah memakan mi segera yang belum dimasak terus dari bungkusan.

Kejadian itu secara tidak langsung menyumbang inspirasi kepadanya untuk menghasilkan mi segera siap dengan perisa tambahan yang kemudiannya dikenali sebagai Mamee Monster.

Syarikat itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai Mamee-Double Decker pada 1992 dan menghasilkan lebih daripada 50 makanan ringan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia.

Author

Pilihan Editor