HomeBeritaPolitikPN Pahang cipta sejarah, jadi blok pembangkang paling ramai

PN Pahang cipta sejarah, jadi blok pembangkang paling ramai

ROMPIN: Jumlah pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan meningkat sekali gus menjadikan bilangan paling ramai dalam sejarah kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, perkara itu susulan Barisan Nasional (BN) menerima tawaran Pakatan Harapan (PH) dan tidak dari Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

Tambah beliau, PN Pahang akan menjadi blok pembangkang paling kuat dengan jumlah kemenangan 17 kerusi DUN.

“Kenapa mereka beri undi kepada Perikatan Nasional, saya ingat mereka dah nilai pencapaian kita dalam waktu kita menjadi kerajaan peringkat Persekutuan.

“Mereka menilai prestasi kita, sebab itu mereka yakin apa yang kita capai dan mereka beri undi. Sebab itu gelombang perubahan itu berlaku pada anak muda.

“Mereka hendak kerajaan yang stabil yang bersih, kehendak rakyat sebenarnya, dan mereka yakin kerajaan yang ada ini tidak ke situ,” katanya seperti dilapor Astro Awani hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Ceramah Perdana di Bandar Baru Rompin, malam tadi.

Untuk rekod, Pilihan Raya Umum ke-15 yang diadakan baru-baru ini mencatatkan gabungan parti politik di Pahang gagal menubuhkan kerajaan selepas tiada parti memperoleh majoriti.

Ia menyaksikan PN menang 17 kerusi, BN 16 kerusi, dan PH mendapat lapan kerusi, tidak termasuk kerusi DUN Tioman yang akan diketahui pada 7 Disember ini.

 

Author

Pilihan Editor