HomeBeritaSaya mahu bebas dari PH, merdeka dari DAP - Warga emas Puchong

Saya mahu bebas dari PH, merdeka dari DAP – Warga emas Puchong

SERI KEMBANGAN: Malaysia sudah mencapai kemerdekaan ke- 65 tahun, tetapi apabila seorang warga emas meluahkan isi hatinya mahu merdeka sekali lagi ia agak mengejutkan.

Nia Hassan, 82, menjelaskan sebenarnya dia mahu Malaysia bebas dan merdeka daripada Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Dia yang terlantar di katil kerana sakit tua berkata demikian ketika menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader ke kampung berkenaan.

Tambah ibu kepada lima anak itu, dia mahukan Malaysia dibebaskan daripada wakil rakyat yang merosakkan tanah air dengan agenda komunis mereka.

“Sepanjang 82 tahun saya hidup di Tanah Melayu ini,  depan mata saya sendiri banyak perpecahan antara kaum dan kerosakan yang telah dilakukan sebagai contohnya merekalah pembayar rasuah sebenarnya tetapi jenayah mereka ditutup.

“Saya tidak nampak perubahan baik ketika penyandang Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang telah berkhidmat sejak 2008 di sini.

“Isu sampah, isu jalan masih banyak, isu bantuan selepas banjir juga kurang, kebajikan warga emas juga terabai.

“Saya doakan Puchong bebas dari PH, merdeka dari DAP, ” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Syed Ibrahim melawat Nia yang terlantar kerana sakit tua di Kampung Tengah Batu 13 Puchong

Syed Ibrahim melakukan program walkabout calon BN di P103 Puchong dengan mula bersarapan pagi bersama penduduk serta bertanya khabar peniaga di Restoran Ajmer.

Beliau yang juga merupakan Presiden Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) itu seterusnya berkunjung ke Pusat Daftar Mengundi (PDM) di Puchong Utama, ke PDM Batu 13 Puchong Kampung Tengah dan Sungai Baru serta ke gerai-gerai Batu 13 Puchong.

Turut menyertai walkabout Ketua Wanita UMNO Bahagian Puchong, Hasnah Dain.

Terdahulh, DAP melakukan beberapa perubahan apabila mengumumkan Gobind Singh sebagai calon Parlimen Damansara mewakili PH menggantikan penyandang, Tony Pua, yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar ketika pentadbiran PH, Yeo Bee Yin, turut bertukar daripada Parlimen Bakri ke kerusi Puchong yang disandang Gobind.

Author

Pilihan Editor