KOTA BHARU: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau pernah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang mengenai strategi menjatuhkan BN.
“Pada pertemuan itu, apa yang berlaku ialah Tun M meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran BN.
“Tun M inginkan satu perubahan dengan menubuhkan kerajaan perpaduan, tetapi disebabkan perbezaan pendapat kami terpaksa menolaknya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar pada program turun padang di Pasar Peringat, Kelantan, pada Ahad.
Menurut Abdul Hadi, gabungan kerjasama itu terpaksa ditolak kerana ada penyertaan parti DAP.
Jelasnya, ajakan itu tidak dipersetujui kerana DAP masih mendominasi dalam gabungan berkenaan.