HomeMV+PendapatBantuan kesan mudarat vaksin terkubur bersama Rafiq

Bantuan kesan mudarat vaksin terkubur bersama Rafiq

AJAL maut di tangan Tuhan tetapi kehidupan di dunia ini perlu ikut aturan.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Seorang pemuda berusia 21 tahun, Mohd Rafiq Aiman dari Hulu Langat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat pada 25 Disember 2022.

Allahyarham menderita kesan sampingan vaksin (AEFI) sejak Ogos 2021.

Harapannya untuk mendapat Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 sejak setahun setengah lalu berkubur lebih awal.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Adik arwah tidur di sebelah jenazah arwah Rafiq setelah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Memanglah wang tidak boleh membeli kesihatan namun tanpa wang susah agak sukar untuk memulihkan tubuh yang tidak sihat.

Arwah sebelum ini adalah pelajar semester lima Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam.

Mohd Rafiq terpaksa ikut aturan di tempat belajarnya yang menetapkan semua pelajar diwajibkan menjalani program vaksinasi bagi membolehkannya menduduki peperiksaan.

Arwah Mohd Rafiq (dua, kiri) bersama kawan-kawan dari Politeknik Sultan Idris Sabak Bernam

Aturan yang mewajibkan pengambilan vaksin ini ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Program awal vaksinasi diperkenalkan mantan menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ia diteruskan oleh Khairy Jamaluddin di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri.

Penetapan itu menjadikan pergerakan rakyat amat sukar, jika tiada bukti pengambilan vaksin, tidak boleh masuk klinik, dilarang merentas negeri, dilarang masuk pusat beli belah, hendak beli makan pun seolah bertaraf pengemis, tidak boleh masuk kerja malah ada yang ditamatkan perkhidmatan jika tiada bukti vaksinasi.

Rakyat yang tidak ambil vaksin dianggap dan dilihat sebagai ‘penjenayah masyarakat’ yang tidak layak bebas bergerak di muka bumi Tuhan.

Dalam suasana PKP, apabila diuar-uarkan beberapa jenis vaksin sedang dalam percubaan dan akan dikeluarkan, pihak kerajaan memaklumkan kepada rakyat jika ada mudarat boleh dapat Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Namun bantuan ini menimbulkan tanda tanya kerana untuk memohonnya perlu melalui tiga jawatankuasa.

Jawatankuasa Farmakovigilans, Jawatankuasa Teknikal Perubatan dan Jawatankuasa Utama yang ditugaskan memberikan kelulusan akhir untuk bantuan khas.

Adakah dengan banyaknya jawatankuasa ini sekadar satu ‘alasan’ untuk mengelakkan daripada membayar pampasan atau memperakui pemohon adalah mereka yang terkesan vaksin?

Ini amat pelik kerana pada masa itu sesiapa dijangkiti COVID-19, pihak KKM akan segera hantar ambulans ke rumah untuk menjemput rakyat yang telah dikesan ada COVID-19.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Begitu pantas mereka bergerak malangnya perkara ini tidak dijelmakan pada tindakan memberi bantuan kesan vaksin COVID-19.

Apa itu vaksin? Asasnya ia adalah virus COVID-19 yang dilemahkan melalui proses di makmal apabila disuntik ke badan diharapkan sistem badan manusia akan melawan virus COVID-19 ini.

Disebabkan ia virus lemah, apabila berada dalam badan, sistem badan manusia akan mula menyerang virus ini lalu akan tercipta antibodi dan perkara ini dipanggil imunisasi.

Tetapi badan setiap manusia berbeza, apabila dimasukkan ke badan ada yang tidak boleh terima dan boleh membawa maut, perkara ini sudah dijangkakan.

Kerana itulah kerajaan telah bersetuju menimbangkan bantuan khas kesan mudarat vaksin.

Malang bertimpa-timpa, prosedur menerima bantuan khas ini amat sukar.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Mohd Rafiq telah mengadu kepada PPIM sejak 28 Februari 2022 dan berita mengenainya telah disiarkan melalui portal berita.

Mantan menteri ketika itu Khairy Jamaluddin tidak memberi maklum balas sehinggalah pembubaran kerajaan untuk pilihan raya.

Nampaknya bantuan itu hanya tinggal dalam bentuk tulisan di alam maya.

Rakyat yang terkesan akibat vaksinasi COVID-19 sebenarnya sukar mendapat bantuan yang diuar-uarkan.

Selain Mohd Rafiq, dua remaja yang meninggal dipercayai selepas menerima dos kedua vaksin Sinovac pada 18 Ogos tahun 2021 juga dilaporkan tidak menerima bantuan kewangan seperti dijanjikan.

Bapa kepada dua mangsa itu, Muhammad Shah Rovinderjit menceritakan arwah anaknya Putri Nur Rabiatul Nabihah, 21, dan anak angkatnya Nurul Airawani Nazira, 24, meninggal tepat selepas dua minggu menerima dos kedua vaksin berkenaan.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Muhammad Shah bersama isterinya mendakwa tidak terima sebarang pampasan selepas kematian dua anaknya kesan vaksinisasi.

Arwah Putri Nur Rabiatul dilaporkan mendakwa dadanya terlalu sakit seperti dicucuk, meninggal setelah tiba di hospital.

Arwah Nurul Airawani meninggal di hadapan rumah sebelum dibawa ke hospital.

Muhammad Shah meluahkan rasa aneh melihat jenazah anaknya Putri Nur yang wajahnya keluar darah dan ada kesan surgeri di kepalanya, sedangkan hospital memaklumkan kematian akibat COVID-19 tidak membuat surgeri.

Ketika arwah disahkan meninggal, Muhammad Shah membuat permintaan untuk lihat jasadnya tetapi tidak dibenarkan kerana SOP, SOP yang membuka ruang salah guna kuasa.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Permohonan laporan post mortem juga tidak diberi, KKM dan mantan menteri ketika itu Khairy Jamaluddin hanya ‘mengunci mulut’.

Pada September 2021, COVIDNOW, mendedahkan 51.08 peratus daripada 324 kes kematian adalah membabitkan mereka yang sudah mendapat dua dos vaksin dalam tempoh tujuh hari.

Data KKM menunjukkan jumlah kematian COVID-19 yang tidak setara di antara individu yang menerima vaksin lengkap terutama bagi penerima vaksin Sinovac.

Secara keseluruhan, daripada 18,802 kematian yang dicatatkan dalam kumpulan set data itu, seramai 922 (4.9 peratus) individu diberi vaksin lengkap.

Penerima vaksin Sinovac menyumbang 710 daripada 922 kematian ini (77.0 peratus), walaupun penerima merangkumi 51.5 peratus orang yang lengkap divaksin pada 6 September termasuk tempoh 14 hari selepas dos kedua.

Sebagai perbandingan, penerima vaksin Pfizer menyumbang 206 kematian (22.3 peratus).

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan kes tuntutan oleh Rafiq bersama-sama 40 yang terkesan vaksin sudah lama difailkan menerusi peguam PPIM.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Pada 4 Mac 2022, menerusi laporan Berita Harian, KKM memaklumkan seramai 17 individu layak terima bantuan kewangan khas berjumlah RM195,000 selepas mengalami kesan sampingan yang serius akibat vaksin COVID-19.

Ibarat pemenang ‘ jackpot’ kedai nombor ekor, diumumkan jumlah kemenangannya tetapi tidak diketahui wujud atau tidak pemenang itu atau ia sekadar manis di bibir agar tidak dipertikaikan rakyat.

Lebih dahsyat, majoriti rakyat tidak tahu pun kewujudan bantuan khas berkenaan dan cara permohonannya.

Bantuan yang diperkenalkan pada 22 Mac 2021, bernilai tidak lebih RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin COVID-19 sehingga memerlukan rawatan berpanjangan di hospital, dan tidak lebih RM500,000 sekiranya berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan imunisasi itu.

Mereka yang layak menerima bantuan itu adalah individu yang mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Individu itu harus mengalami kesan sampingan yang serius dalam tempoh tiga bulan dari tarikh inokulasi.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

Laporan mengenai kesan sampingan yang serius perlu dikemukakan kepada NPRA oleh kakitangan kesihatan yang merawat pesakit.

Bagi kematian, laporan bedah siasat perlu disertakan. Permohonan hanya akan dipertimbangkan dalam tempoh setahun dari tarikh AEFI kali pertama dilaporkan.

Anehnya, permohonan bantuan hanya akan dipertimbang dalam tempoh setahun, bukankah laporan post mortem sudah dikeluarkan selepas kematian?

Jadi kenapa perlukan tempoh setahun jika AEFI sudah dilaporkan kali pertama, walaupun belum ada kematian? Jika berlaku kematian pun ramai yang tidak tahu wujudnya bantuan.

Namun dalam kes Mohd Rafiq, arwah tidak sempat untuk mendapat semua bantuan kewangan ini, terpaksa berjuang sendiri bersama keluarganya sehingga ke nafas terakhir.

Jika arwah sempat terima bantuan, pastinya boleh mendapatkan rawatan yang lebih baik ketika hayatnya.

Berita berkaitan: Semak prosedur pemberian ubat atau vaksin – PPIM

*Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian MEDIA VARIASI

 

Author

Pilihan Editor