HomeGaya HidupJom MakanBekas pekerja Subway kongsi tips jadikan roti sandwich 'crunchy' dan lazat!

Bekas pekerja Subway kongsi tips jadikan roti sandwich ‘crunchy’ dan lazat!

PASTI ramai yang kenali rangkaian makanan segera, Subway di Malaysia, namun adakah anda pernah cuba merasai kelazatan sajian ‘sihat’ menerusi kedai tersebut?

Seperti diketahui, Subway merupakan sebuah kedai makanan segera yang mensajikan hidangan roti seperti ‘sandwich’ yang boleh diolah mengikut citarasa tersendiri.

Namun, pasti ada sebilangan di antara kita yang masih tidak tahu bagaimana caranya untuk membeli roti atau mungkin mahukan sesuatu yang lebih ‘padu’ dalam hidangan di Subway.

Justeru, seorang bekas pekerja Subway, Syafyy Shafirana berkongsi tips menarik untuk anda rasai kelazatan roti sandwich di Subway. Jom ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pemilihan jenis roti

Langkah pertama, anda perlu memilih jenis roti. Terdapat pelbagai jenis roti yang disediakan, namun untuk mendapatkan rasa yang enak disarankan memilih roti jenis ‘hearty italian’. Jangan lupa minta staff ‘toast’ roti itu sebanyak tiga kali!

Oh ya, untuk pemilihan roti lain seperti parmesan oregano, honey oat, wheat tidak disarankan ‘double toast’ atau ‘triple toast’ kerana bimbang roti menjadi lembik.

  1. Pemilihan sos

Selepas memilih roti dan inti (ayam/tuna/telur dsb), anda perlu memilih jenis sayur yang ingin diletak dalam roti anda. Selepas itu, anda perlu memilih jenis sos. Untuk dapatkan kombinasi sos yang sedap, sila campurkan sos ‘ranch (minta sos lebih), thousand island (minta sos lebih), sweet onion, mayonnaise, olive oil, chili, chipotle southwest dan BBQ’.

Anda disarankan supaya tidak letak sos ‘ketchup’ pada roti anda kerana rasanya yang sedikit masam. Tetapi, jika anda penggemar rasa masam-masam, boleh cuba letak ya.

  1. Boleh cuba menu selain roti

Selain roti sandwich, Subway turut menawarkan menu hidangan lain seperti sup cendawan, keju makaroni, bebola daging serta aneka biskut yang menyelerakan!

Author

Pilihan Editor