HomePendidikanDr Idzu terima Anugerah Pencapaian Tertinggi bidang estetik

Dr Idzu terima Anugerah Pencapaian Tertinggi bidang estetik

KUALA LUMPUR: Pepatah kata, menuntut ilmu sehingga ke negeri China yang membawa maksud jangan henti menimba ilmu kerana ia bekalan masa depan.

Penyanyi kumpulan nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award – Top in Class) pada konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine.

Idzu Baharin, 42, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin dianugerahkan atas kejayaan dan pencapaian dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.

Usahawan berjaya itu berkata, pada usia sekarang bukan halangan untuk dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu.

“Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.

“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial.

“Tapi jangan anggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya yang juga pemilik syarikat Cell Tissue Sdn Bhd, teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.

Dr Idzu Baharin

“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.

“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya.

 

Author

Pilihan Editor