HomeBeritaViralGuna 'pelapik meja' jadi baju, si cilik menang pertandingan pakaian beragam

Guna ‘pelapik meja’ jadi baju, si cilik menang pertandingan pakaian beragam

CYBERJAYA: Siapa sangka dengan hanya menggunakan ‘pelapik alas meja’ sahaja boleh menang pertandingan pakaian beragam!

Itulah yang dialami seorang anak kecil yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan pakaian beragam peringkat negeri Pahang apabila cetusan idea kreatif oleh bapanya nyata mencuri tumpuan.

Menurut ibunya, Eika Azman, idea menggunakan pelapik pinggan untuk bahagian bahu hanya sebagai hiasan aksesori bagi menggayakan tema Walinongsari yang dibawakan anaknya, Nasya.

Malahan, Nasya turut dilihat anggun menggayakan cetusan idea ibu bapanya itu.

“Alhamdulillah rezeki anak, menang nombor dua. Syukur sangat-sangat. Al maklumlah, zaman sekarang semua kena jimat.

“Ada tak yang guna benda itu (pelapik meja) kat rumah sebab kawan anak saya dia cakap sama macam alas meja rumah dia,” katanya seperti dilapor majalah Pama.

Pilihan Editor