HomeBeritaHarga baharu telur diumum esok - PM Anwar

Harga baharu telur diumum esok – PM Anwar

CYBERJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah esok.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perbincangan beliau dengan menteri berkenaan.

Menurut Anwar,  pelaksanaan itu diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel.

“Ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad) esok dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel. Jadi, kita harap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Untuk makluman, harga siling bagi telur di Semenanjung mengikut jenis gred iaitu telur Gred A ialah 45 sen; 43 sen bagi telur Gred B; dan 41 sen bagi telur Gred C.

Manakala di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga siling berbeza mengikut zon dan daerah.

Author

Pilihan Editor