HomeMV+PendapatKekuatan Ayob, Yusoff mampu gerunkan sindiket jenayah di Malaysia

Kekuatan Ayob, Yusoff mampu gerunkan sindiket jenayah di Malaysia

BILA disebut nama Datuk Seri Ayob Khan Pitchay sudah pasti masyarakat Malaysia akan mengenali beliau dengan ketegasan dan keberanian melawan penjenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu sentiasa berpegang kepada sikap berhemah, adil, berintegriti, amanah dan tegas, dalam mendepani pelbagai cabaran sepanjang perkhidmatannya, prinsip diri yang membuahkan kegentaran kartel dan sindiket jenayah terhadap pesona ini.

Namun adakah kita tahu bahawa ada seorang lagi Pegawai Kanan Polis yang memiliki prinsip diri yang sama, wira yang tidak didendangkan tetapi mampu buat penjenayah terkencing bila mendengar nama beliau.

Beliau adalah Datuk Yusoff Mamat, kini sebagai Ketua Staf Operasi Markas National Task Force Polis Diraja Malaysia (PDRM) memiliki latar belakang pendidikan BA Sivil Engineering Universiti Teknologi Malaysia dan Master Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia.

Datuk Yusoff Mamat

Ketika menemubual beliau satu ketika dahulu, beliau sentiasa menekankan konsep dalam pentadbiran dengan mengutamakan Allah SWT iaitu “apabila kita tolong agama Allah, pasti Allah akan tolong kita”.

Sebab itulah setiap tindakan yang beliau buat seolah-olah tidak mempedulikan risiko yang akan berlaku kepada beliau dan keluarganya.

Sebab itulah jalan mudah untuk sindiket menjatuhkan karier beliau dengan membuat pembunuhan karakter iaitu membuat tohmahan dan fitnah.

Itulah senjata terakhir sindiket untuk melumpuhkan keberanian Yusof dalam memerangi penjenayah sindiket di Malaysia.

Ketahuilah kita, di antara punca kejatuhan sesebuah empayar adalah disebabkan “Pengkhianatan” dan “Rasuah” golongan yang baik ini selalunya ditenggelamkan.

Keprihatinan beliau terhadap kes-kes penyeludupan barangan bercukai, pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), pencerobohan nelayan asing yang mengaut hasil negara khususnya di Laut China Selatan.

Begitu juga kes-kes kecurian di pulau-pulau khususnya daripada kepulauan negara asing yang berhampiran turut diberi perhatian.

Mengenali diri Yusoff ini beliau mendapat sentuhan kerohanian daripada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Al-Alamah Sheikh Paksu Mid, sebab itulah personaliti Yusoff yang mesra masyarakat dan sesiapa yang berjumpa dengan beliau mesti tidak akan tahu yang beliau adalah pegawai polis.

Datuk Yusoff Mamat bersama Pak Su Mid

Yusoff banyak pengalaman dalam menangani kes jenayah yang besar, beliau di antara pegawai yang mengarahkan anak buahnya mengambil tindakan POCA terbanyak di Malaysia sewaktu beliau menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Klang.

Selain itu, sekiranya beliau mendapat aduan daripada orang awam tentang kes-kes perjudian haram, beliau sendiri akan turun membuat serbuan dan tangkapan, secara tidak langsung membuatkan anak buah beliau akan malu dan terpaksa bekerja keras disebabkan kerajinan beliau menjalankan tugas kepolisan.

Yusoff sepatutnya diberi peluang menjadi mana-mana Ketua Polis Negeri untuk kita lihat bagaimana beliau membersihkan kegiatan haram yang tidak habis-habis.

Masyarakat sudah benci kepada kezaliman, penindasan, kejahatan dan kerosakan.

Seperti filem Black Adam, rakyat mahu dibebaskan dari penganiayaan ini dan mereka dahagakan polis memiliki akidah kuat sepertimana Sultan Sallehuddin Al-Ayubi yang berjaya membenteras penjenayah di kota Damsyik.

Semoga anak didik Paksu Mid ini diberi kekuatan, diberi kejayaan, istiqamah dan berjaya membantu masyarakat dalam menangani sindiket jenayah di Malaysia dan terus memperjuangkan nasib rakyat sepertimana keberanian Mat Kilau dalam menperjuangkan nasib rakyat yang dibelenggu oleh penjenayah.

 

PENGALAMAN TUGAS

I. Timbalan Komander (Kejuruteraan) Pasukan Polis Marin, PDRM 2014

II. Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara
Selangor (KPD) (November 2015 – Julai 2017)

III. SAC Kepolisan Am, JKDNKA (Julai 2017 – September
2018)

IV. Komander Pasukan Polis Marin, JKDNKA (September
2018 – Oktober 2021)

III. Ketua Staf Operasi Markas National Task Force (Oktober
2021 – Kini)

Author

Pilihan Editor