HomeMV+BongkarKMUM dakwa syarikat bukan UM Holdings jual data pelajar ke pihak ketiga

KMUM dakwa syarikat bukan UM Holdings jual data pelajar ke pihak ketiga

KUALA LUMPUR: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), mendakwa terdapat syarikat bukan milik UM Holdings menjual data dan sistem dibangunkan pelajar doktor falsafah (PhD), yang kini dibuang universiti berkenaan, kepada pihak ketiga.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Mantan pelajar PhD terbabit, Abbod Ali Mohammed Saeed, 34, berasal dari Yaman, dilaporkan secara eksklusif oleh MEDIA VARIASI sebelum ini, mendakwa dirinya dibuang Universiti Malaya (UM), idea dan data kajiannya dicuri penyelia sendiri.

 

KMUM dalam kenyataannya berkata, berdasarkan carian laman web rasmi UM Holdings, syarikat berstatus sendirian berhad (Sdn Bhd) bukan anak syarikat UM Holdings.

Menurutnya, penjualan sistem berkenaan menunjukkan bahawa projek terbabit bukan hak milik UM sebaliknya milik syarikat itu.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Ekoran kegagalan semua kaedah ‘mesra’ dalam menyelesaikan isu terbabit, KMUM mengekalkan pendiriannya dengan mengecam sekeras-kerasnya pihak pentadbiran universiti berikutan sikap sambil lewa dalam menangani dakwaan isu kecurian projek PhD pelajar, oleh penyelianya sendiri.

“Dalam tempoh empat bulan, Abbod sendiri sudah melakukan pelbagai prosedur termasuk mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara ini, malah KMUM juga menghubungi kedua-dua belah pihak bagi mendapatkan fakta yang jelas bagi tempoh sama.

“Meskipun, kedua-dua pihak terbabit membuat laporan polis terhadap satu sama lain, nasib Abbod masih tergantung tanpa sebarang keputusan, termasuk peluang menghabiskan pengajiannya,” menurut kenyataan tersebut.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

KMUM mengeluarkan kenyataan bukan hanya sebagai tanda solidariti terhadap Abbod, malahan sebagai peringatan kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi UM untuk kekal berwaspada agar tidak menjadi mangsa di kemudian hari.

Maklum KMUM, apa jua keputusan akhir ditentukan, diharapkan pihak universiti mengambil tindakan tegas kepada penyelia didakwa jika penyiasatan membuktikan bahawa individu itu melakukan jenayah.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

“Mereka hendaklah ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta bagi memulihkan kepercayaan pelajar terhadap universiti berprestij ini.

“Selain itu, pihak universiti juga mesti memberikan keputusan bertulis kepada Abbod. Jika terdapat mana-mana mahasiswa mahasiswi mengalami insiden sama seperti Abbod, boleh hubungi mana-mana ahli eksekutif KMUM,” katanya.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

KMUM turut berharap pihak polis dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak memandang enteng berhubung isu berkenaan dan bertindak segera bagi memastikan nama sektor pengajian tinggi tidak tercemar di lensa global khususnya dalam kalangan mahasiswa mahasiswi antarabangsa.

Secara ringkas, KMUM dalam kenyataannya berkata, Abbod telah mendedahkan bukti pada sidang media bahawa ada pelajar PhD lain telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat Sdn Bhd yang juga tempat kerja salah seorang penyelianya, pada 2018, di mana kes serupa melibatkan dirinya ketika ini.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

“Bagaimanapun, kes itu telah diselesaikan di luar mahkamah.

“Ini menunjukkan bahawa penyelia terbabit mungkin mengetahui bahawa beliau telah bersalah dalam kes berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Katanya, kes Abbod melibatkan pensyarah iaitu penyelia sama, masih bekerja di syarikat sama serta memegang jawatan sebagai pengarah urusan.

“Bagaimanapun, pihak universiti tidak mengambil tindakan terhadap pensyarah itu atau mana-mana pihak terlibat atau memberi amaran kepada mahasiswa/i mengenai perkara ini, sebaliknya membenarkan pensyarah yang didakwa mencuri hasil kerja untuk terus menyelia Abbod.

“Bukan sahaja gagal memberi maklum balas kepada Abbod mengenai perkembangan projek kerja, malah pensyarah itu gagal memulangkan data dikumpul dan sistem dibangunkan Abbod dengan menukar kata laluan sistem data pula.

“Akhirnya, pensyarah itu menandakan projek Abbod sebagai tidak memuaskan, dan mendorong pihak universiti untuk menamatkan pengajian PHDnya,” katanya.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Seterusnya, pihak pentadbiran universiti melantik pula penyelia ketiga baharu yang mempunyai
konflik kepentingan, tetapi masih mengekalkan pensyarah sama yang didakwa.

“Hal ini telah menimbulkan keraguan munasabah
bahawa sama ada penyelia baharu ini yang juga mantan calon PhD di bawah pensyarah sama itu, mampu bertindak secara adil dan saksama.

“Di sini, dapat dilihat pentadbiran universiti telah meletakkan Abbod pada kedudukan “tawar-menawar” yang tidak sama rata atau lemah,” katanya.

Abbod bagaimanapun mempunyai rakaman suara seorang individu di Bahagian Akademik dan Antarabangsa mengenai isu dibangkitkan dan mendakwa, terdapat perjanjian lisan bahawa Fakulti Kejuruteraan mengesyorkan pihak fakulti menanggung kos pengajian PhDnya selama tiga semester tetapi dengan penyeliaan yang dikendalikan oleh pensyarah sama.

Berita berkaitan: Penuntut PhD genius dakwa dibuang universiti, data kajian dicuri

Author

Pilihan Editor